Utusan Borneo (Sarawak)

Pencuri tegar dicekup bersama peralatan

Dua suspek ditahan ketika menaiki pikap, disyaki curi besi dekat Poliklinik Jalan Lanang

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Dua pencuri tegar berjaya dicekup pasukan polis MPV di sini kerana disyaki mencuri besi berhampira­n Poliklinik Jalan Lanang malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dua suspek berumur 50 dan 45 tahun itu ditahan semasa menaiki sebuah pikap dalam keadaan mencurigak­an.

“Pasukan polis MPV yang membuat rondaan di sektor Balai Lanang bertindak menahan pikap itu yang kelihatan mencurigak­an pada jam 10.30 malam,” katanya.

Kedua-dua suspek mempuyai rekod jenayah lampau dan merupakan pencuri besi tegar di bandar ini.

ACP Stanley Jonathan Ringgit Ketua Polis Daerah Sibu

Katanya, hasil pemeriksaa­n di dalam dan bahagian luar tempat menyimpan barang, polis menjumpai pelbagai jenis peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah pecah rumah berserta kepingan besi dan rim kenderaan.

Menurut beliau, hasil se- makan terhadap kenderaan yang digunakan kedua-dua suspek mendapati pikap tersebut didaftarka­n di atas nama seorang wanita namun tiada laporan hilang diterima.

“Kedua-dua suspek mempuyai rekod jenayah lampau dan merupakan pencuri besi tegar di bandar ini,” katanya sambil menambah kedua-dua suspek direman empat hari mulai semalam hingga 14 Julai ini.

Katanya, barangan di dalam pikap tersebut dirampas sebagai barang kes dan keduadua suspek dibawa ke Balai Polis Lanang untuk tindakan dan siasatan lanjut.

 ??  ?? DICEKUP: Dua suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat mencuri besi di kawasan Lanang malam kelmarin.
DICEKUP: Dua suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat mencuri besi di kawasan Lanang malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia