Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki terlibat kegiatan jual dadah di Limbang ditahan

-

LIMBANG: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual dadah dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Kampung Nauran di sini, kelmarin.

Dalam serbuan sekitar jam 9.35 pagi itu, polis menahan suspek yang juga penganggur, 31, ketika berada di rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, syabu seberat 38.5 gram bernilai RM3,000 yang disorok di dalam kusyen kerusi di rumah itu turut dirampas.

“Hasil siasatan awal mendapati bekalan dadah dipercayai milik suspek digunakan untuk dijual di sini.

“Bekalan dadah diperolehi daripada pengedar tempatan dan suspek positif dadah jenis Methapheta­mine dan Amphethami­ne hasil ujian saringan awal polis terhadapny­a,” katanya semalam.

Suspek direman semalam bagi melengkapk­an kertas siasatan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.

 ??  ?? BARANG KES: Syabu dirampas daripada suspek kelmarin.
BARANG KES: Syabu dirampas daripada suspek kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia