Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki terlibat dadah dicekup polis

-

SIBU: Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik berjaya menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan aktiviti dadah di sini petang Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berumur 29 tahun ditahan semasa serbuan di sebuah rumah di Jalan Brooke di sini pada jam 1.03 petang.

“Hasil pemeriksaa­n dan serbuan polis menjumpai satu peket lut sinar mengandung­i pepejal kristal disyaki dadah jenis Methamphet­amine disimpan dalam laci meja tulis bilik tidur suspek,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Menurutnya, selain dadah seberat 26.41 gram, serbuan diketuai Inspektor Tg Faisal Tg Yeng juga menjumpai satu alat penimbang digital dan kunci man- gga.

Stanley berkata, polis juga merampas seutas jam tangan jenama Rolex dianggarka­n bernilai RM15,000, wang tunai pelbagai mata wang sejumlah RM2,263 dan dadah dianggarka­n RM7,800.

“Nilai sitaan keseluruha­n berjumlah RM17,263 dan kes disiasat mengikut Seksyen 29B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia