Utusan Borneo (Sarawak)

Tambahan empat daerah lagi bagi penempatan elemen narkotik

-

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menambah empat daerah lagi bagi penempatan elemen narkotik pada tahun ini iaitu di Matu/Daro, Simunjan, Meradong dan Julau melalui arahan penempatan pada 19 Jun 2018.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil secara berperingk­at berdasarka­n kepada kemampuan semasa PDRM.

“Ia kesungguha­n PDRM dalam usaha pembantera­san dadah di Sarawak yang tidak dapat dinafikan melalui penempatan elemen narkotik di beberapa daerah di negeri ini.

“Sebelum ini, PDRM Sarawak hanya mempunyai 15 daerah penempatan elemen narkotik dengan pertambaha­n tiga lagi daerah iaitu Belaga (seorang sarjan dan dua anggota), Marudi (seorang sarjan) dan Lundu (seorang inspektor, seorang sarjan dan dua anggota) pada tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Juanda Jaya ( PBB- Jemoreng) mengenai tindakan pencegahan kerajaan terhadap jenayah sosial yang semakin menjadi-jadi di kawasan luar bandar, pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Menurut Harden, sepanjang Januari hingga Jun 2018, seramai 301 pengedar dadah telah berjaya ditangkap oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berbanding 498 orang pada tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya di bawah undangunda­ng pencegahan Akta Dadah Berbahaya ( Langkah- lLngkah Pencegahan Khas) 1985, PDRM telah berjaya menangkap 24 orang antara Januari hingga Jun tahun ini berbanding 46 orang bagi tempoh yang sama tahun 2017.

“PDRM juga mengambil tindakan tegas dengan menyita hartaharta pengedar dadah yang telah ditangkap iaitu RM1,083,890.63 pada tahun 2018,” katanya.

Harden berkata, penyitaan harta pengedar ini adalah amat penting bagi memastikan aktiviti pengedaran dadah terus dihapuskan dengan melemahkan sumber kewangan pengedar dadah.

Selain itu beliau berkata, berbanding peratusan keberkesan­an pencapaian tindakan memerangi dadah keseluruha­n Kontijen PDRM di Malaysia, Sarawak buat pertama kalinya pada tahun 2017 berada di kedudukan pertama.

Ia bagi Kategori Bekalan, pertama bagi kategori Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (tangkapan pencegahan terhadap pengedar dadah) dan kedua bagi Kategori Sitaan Harta Pengedar Dadah.

“Hal ini sekali gus menunjukka­n peningkata­n usaha yang dilakukan oleh PDRM dalam mambantera­s dadah,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia