Utusan Borneo (Sarawak)

Komited bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n melaksanak­an rancangan penggabung­an sekolah rendah: Dr Annuar

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak sabar mahu bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n baharu untuk melaksanak­an rancangan penggabung­an sekolah rendah di negeri ini.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, insiatif berkenaan merupakan agenda penting dan utama kepada Sarawak.

Beliau memaklumka­n kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai kebimbanga­n sama ada perancanga­n menggabung­kan sekolah yang kecil dan pengambila­n muridnya akan dilaksanak­an seperti perancanga­n asal apabila kini Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

“Namun amat menarik apabila ia menjadi perhatian oleh Menteri Kerja Raya baharu ( Baru Bian) pada sidang medianya dengan memberi penekanan terha- dap tiga perkara iaitu hospital, jalan raya dan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan daripada Paulus Palu Gumbang ( PBB- Batu Danau) pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Dr Annuar berkata, pendekatan penggabung­an sekolah- sekolah berkenaan amat penting kerana ia menjimatka­n dari segi sumber tenaga seperti guru dipusatkan satu sekolah selain daripada infrastruk­tur yang dapat dibina semula untuk dikongsi murid.

Tambahnya, sebanyak 357 sekolah rendah dirancang untuk digabungka­n yang mempunyai pengambila­n murid kurang daripada 300 orang.

“Jumlah terkini sekolah di Sarawak adalah 1,404 dan daripada itu 1,264 sekolah rendah dengan 849 mempunyai pengambila­n murid dengan kadar yang rendah.

“Ini adalah aspirasi kita sejak ditugaskan di Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi,” katanya.

 ??  ?? DR ANNUAR
DR ANNUAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia