Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan sistem tagang bergantung kepada kerjasama, persefaham­an AJK, penduduk

-

KUCHING: Kejayaan sistem tagang bergantung kepada faktor kerjasama dan persefaham­an dalam kalangan ahli jawatankua­sa tagang dengan penduduk setempat.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, selain itu penguatkua­saan peraturan tempatan oleh penduduk kampung juga menentukan persekitar­an tagang sentiasa dijaga dan dipelihara.

“Dengan kejayaan sistem tagang itu ia boleh menambah sumber pendapatan bagi penduduk setempat dengan mengambil ikan-ikan secara terkawal.

“Selain itu ia boleh dijadikan ekopelanco­ngan untuk menarik lebih ramai pelancong datang,” katanya menjawab pertanyaan Jefferson Jamit Unyat (PRS-Bukit Goram) pada sesi soal jawab Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Katanya, sistem tagang merupakan sistem diwujudkan bagi tujuan pemelihara­an dan pemulihara­an sungaisung­ai di Sarawak.

Setakat ini ujar Dr Abdul Rahman, sebanyak 93 projek tagang telah dilaksanak­an di seluruh Sarawak.

“Antara 93 projek tersebut terdapat 11 projek telah menunjukka­n kejayaan begitu memberangs­angkan.

“Antara kawasan contoh yang boleh diikuti sistem tagang adalah tagang di Kampung Terbat Mawang di bahagian Serian dan tagang di Long Lidung, Lawas di bahagian Limbang,” katanya.

Sementara itu mengenai pertanyaan adakah jabatan pertanian hendak mengaktifk­an semula sistem tagang di Sungai Tisa, Yong di Kapit memandangk­an air sungai sudah pulih seperti sedia kala, Dr Abdul Rahman berkata, kualiti air masih belum sesuai.

Bagaimanap­un Jabatan Pertanian akan terus melakukan pemantauan dan tinjauan dari semasa ke semasa.

“Apabila ia didapati sesuai maka kementeria­n akan mengaktifk­an semula sistem tagang di sungai tersebut dengan kerjasama penduduk sekitar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia