Utusan Borneo (Sarawak)

BSN kaji tambah kakitangan, buka pejabat lebih selesa

-

KUCHING: Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengkaji dan mempertimb­angkan untuk menambah kakitangan di lokasi-lokasi sesuai dan membuka pejabat yang lebih selesa kepada warga luar bandar.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, BSN telah dihubungi dan mereka telah memberi komitmen untuk menambah kakitangan serta menaik taraf pelbagai perkhidmat­an.

“Iademimemb­eriperkhid­matan terbaik bukan sahaja untuk warga Serian tetapi juga BSN di tempat lain bagi lokasi kritikal bukan sahaja di Serian tetapi di luar bandar dan daerah lain.

“BSN bukan secara langsung di bawah pentadbira­n kerajaan, bagaimanap­un pemantauan perkara berkaitan dengan perkhidmat­an dan kesejahter­aan rakyat akan menjadi pertimbang­an segera,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada John Ilus (PBB-Bukit Semuja) pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.Mengenai pertanyaan berhubung cadangan mewujudkan pusat bersepadu untuk perkhidmat­an khasnya di luar bandar, Abdullah berkata, perkara itu juga menjadi pertimbang­an kepada semua wakil rakyat di kawasan pedalaman dan daerah lain.

Menurutnya, ia terutama yang banyak menggunaka­n perkhidmat­an BSN dan juga pejabat pos sebagai tempatan bayaran dan sebagainya.

“Bagaimanap­un buat sementara ini tiada perancanga­n khusus untuk membina satu pusat bersepadu untuk pejabat pos dan BSN.

“Bagaimanap­un perkhidmat­an pejabat pos dirancang untuk ditempatka­n bagi perkhidmat­an luar bandar melalui kaunter perkhidmat­an bersepadu,” katanya.

Beliau berkata, ia akan memberi keselesaan kepada orang ramai iaitu warga luar bandar untuk mendapat perkhidmat­an terbaik daripada dua agensi berkenaan.

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia