Utusan Borneo (Sarawak)

Wujud pelan induk bersepadu industri minyak, gas

Ia perlu untuk beri hala tuju jelas industri ini bagi tempoh 20-30 tahun akan datang

-

KUCHING: Kerajaan disaran mewujudkan pelan induk bersepadu untuk industri minyak dan gas Sarawak bagi tempoh 20 atau 30 tahun akan datang.

Simoi Peri (PBB-Lingga) berkata, ia diikuti dengan pelan berkala lima tahun dan pelan induk itu akan memberi hala tuju strategik yang jelas industri minyak dan gas negeri ini.

“Pelan ini perlu mengambil kira input- input daripada pemain industri dan cerdik pandai anak negeri yang benar-benar faham akan industri minyak dan gas.

“Pada masa yang sama pemain industri minyak dan gas tempatan perlu menjalin kerjasama strategik dengan industri lain dalam usaha membangunk­an industri secara keseluruha­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan bagi membahaska­n Rang UndangUnda­ng Pindaan Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 (OMO58) yang dibentangk­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Simoi berkata, industri hendaklah diperkemba­ngkan dengan penglibata­n rakyat tempatan dan kandungann­ya adalah lebih kepada rakyat tempatan.

“Sebagai contoh, melahirkan modal insan terlatih untuk menceburi industri minyak dan gas seperti penerokaan, pengeluara­n dan disediakan tempat untuk anak tempatan mendalami cabaran sebenar industri ini,” katanya.

Sementara itu Dato Sri Huang Tiong Sii (SUPP-Repok) berkata, penguatkua­saan Ordinan Perlombong­an Minyak 1958(OMO58) oleh Kerajaan Sarawak akan menjadi salah satu sumber pendapatan utama bagi Sarawak.

Katanya ia bakal membolehka­n Sarawak melak- sana dan melancarka­n lagi projek-projek pembanguna­n demi kebaikan rakyat serta kemakmuran Sarawak.

“Saya berharap lebih banyak syarikat Sarawak dapat diberi peluang kontrak dan perniagaan serta lebih ramai anak Sarawak dapat diberi pekerjaan dalam bidang minyak dan gas.

“Pada masa yang sama kita bekerjasam­a dengan Petronas dalam rangka Ordinan ini supaya membawa manfaat kepada Malaysia amnya dan Sarawak khasnya,” katanya.

Tambah Huang, telah tiba masanya dan bertepatan sekali untuk Kerajaan Sarawak mengambil langkah dan tindakan konkrit dalam menjaga dan memelihara hak yang termaktub dalam Perjanjian

Pelan ini perlu mengambil kira inputinput daripada pemain industri dan cerdik pandai anak negeri yang benar-benar faham akan industri minyak dan gas. Simoi Peri ADUN Lingga

Malaysia 1963 dan Perlembang­aan Negeri.

Katanya, sehubungan itu beliau menyokong rang undang-undang berkenaan diluluskan.

 ??  ?? SIDANG MEDIA:(Dari kiri) Juanda, Aidel dan ADUN Lingga Simoi Peri pada sidang media selepas membahaska­n rang undang-undang pindaan OMO58 yang dibentangk­an semalam.
SIDANG MEDIA:(Dari kiri) Juanda, Aidel dan ADUN Lingga Simoi Peri pada sidang media selepas membahaska­n rang undang-undang pindaan OMO58 yang dibentangk­an semalam.
 ??  ?? SIMOI
SIMOI
 ??  ?? Laporan oleh
Laporan oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia