Utusan Borneo (Sarawak)

Wujud tabung khusus untuk pembanguna­n luar bandar hasil pelaksanaa­n OMO58

-

KUCHING: Hasil pendapatan daripada pelaksanaa­n Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 (OMO58) nanti, satu tabung khusus untuk pembanguna­n luar bandar disyor untuk diwujudkan.

Datuk Dr Juanda Jaya (PBB-Jemoreng) berkata, ia seperti negara lain yang mana pendapatan hasil minyak dan gas mereka dijadikan tabungan berdaulat ( sovereign fund) bagi mempercepa­tkan pembanguna­n di luar bandar negeri ini.

“Saya merasakan buat masa ini bagi Sarawak kita perlu pembanguna­n yang cepat termasuk di luar bandar dan kita tidak mahu di bandar seperti Kuching sahaja ada akses internet 4G tetapi tiada di kawasan-kawasan lain seperti Matu dan sebagainya.

“Ini adalah inisiatif yang amat baik oleh kerajaan dan saya menggesa kepada semua ahli politik tanpa mengira latar belakang parti mereka untuk memberi sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membahaska­n Rang UndangUnda­ng Pindaan Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 (OMO58) yang dibentangk­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Tambah Juanda, memandangk­an kini adalah kerajaan baharu, Malaysia baharu yang lebih terbuka, adil serta kebebasan bersuara maka Sarawak berani untuk menyatakan hak-haknya yang harus dikembalik­an.

Kata beliau, diharap pihak persekutua­n tidak salah sangka kerana Sarawak tidak pernah terfikir ‘ berkelahi’ dengan Petronas atau menafikan hak-hak Petronas dan sebagainya.

“Namun sebagai ‘ tuan tanah’ sudah pasti apabila orang masuk ke kebun kita, mereka harus minta kebenaran dan keluar dari kebun kita membawa hasil tanpa melihat atau menyapa kita,” katanya.

Sementara itu Aidel Lariwoo (PBB-Sadong Jaya) yang turut membahaska­n rang undang-undang berkenaan berkata, adalah tepat pada masanya bagi Sarawak mendapatka­n kuasa sepenuhnya terhadap aktiviti serta perniagaan minyak dan gas di negeri ini.

“Saya percaya dengan melaksanak­an sepenuhnya undang- undang di bawah pindaan OMO ini ia akan memberi pendapatan tambahan kepada Sarawak.

“Minyak dan gas merupakan industri yang sangat pantas berkembang dan disebabkan itu banyak pemain industri yang berjaya serta mendapat kekayaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia