Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN GPS digesa tidak sokong pindaan Kanun Tanah

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS)digesatida­kmenyokong Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 (LCAB) apabila ia dibentang dan dibahaskan pada Persidanga­n DUN hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian berkata LCAB bukan sesuatu yang diharapkan oleh penduduk peribumi di negeri ini.

Beliau berkata disebabkan itu Pakatan Harapan (PH) Sarawak kekal dengan pendirian membantah LCAB kerana amat kecewa dengan konsep Pemakai Menoa (PM) dan Pulau Galau (PG) yang terkandung dalam LCBA 2018.

“Selepas meneliti Rang Undang- Undang Kanun Tanah 2018 yang kononnya mencari pengiktira­fan terhadap konsep Pemakai Menoa dan Pulau Galau bagi tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), maklum balas kami (PH Sarawak) adalah amat mengecewak­an.

“Ia ( LCBA 2018) gagal mengiktira­f dan mengesahka­n ciri-ciri asas konsep Pemakai Menoa dan Pulau Galau’ (territoria­l domain) seperti disahkan oleh kes-kes mercu tanda daripada bidang kuasa lain dan daripada bidang kuasa kita yang mempertaha­nkan hak-hak orang asal termasuk kepentinga­n ke atas tanah dan tidak hanya hak dari segi undang-undang menggunaka­n tanah tetapi tidak memiliki (usufructua­ry rights) yang mana hanya menandakan hak ke atas tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Baru yang juga pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berkata Seksyen 6A(1), LCBA 2018 mengkhusus hanya menyediaka­n pengiktira­fan ‘usufructua­ry rights’ sahaja yang membawa maksud, ‘ hak atau keistimewa­an mengusaha atau menikmati oleh komuniti peribumi ke atas kawasan liputan wilayah peribumi (native territoria­l domain) untuk mencari makanan termasuk memancing dan memburu.

Kedua katanya, keluasan kawasan dibenarkan diberi kepada komuniti asal di bawah konsep itu dihadkan kepada 500 hektar sahaja (rujuk kepada Seksyen 6A(2), LCAB.

“Pendirian kami ialah tanah NCR kita atau Pemakai Menoa dan Pulau Galau tidak boleh dihadkan kepada kawasan ditakrifka­n oleh pihak berkuasa.

“Keluasan kawasan liputan wilayah peribumi (PM) mengikut kawasan penduduk peribumi secara berterusan tinggal di situ sejak nenek moyang mereka hingga hari ini,” katanya.

“Banyak kes mahkamah telah kami menangi, yang mana PM dan PG yang mempunyai keluasan melebihi 10,000 hektar, mengehadka­n saiz PM dan PG adalah suatu yang tidak adil serta tidak bermoral,” ujarnya.

Alasan ketiga, PH Sarawak membantah LCAB 2018 menurut Baru kerana Seksyen 6A(2( (3) (4) LCAB, menyediaka­n permohonan pengiktira­fan ‘ territoria­l domain’ dibuat oleh Superinten­den Tanah dan Survei dan diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Survei.

Katanya sebarang bantahan oleh Pengarah Tanah dan Survei ke atas permohonan itu, boleh dikemukaka­n rayuan kepada menteri (bertanggun­gjawab).

“Pendirian kami ( PH Sarawak) ialah penetapan adat penduduk asal Sarawak tidak boleh dibuat oleh bukan penduduk asal atau orang yang tidak ada pengetahua­n mengenai adat penduduk asal.

“Dalam hal ini, kertas cadangan kami untuk menubuhkan Suruhanjay­a Tanah Penduduk Asli terdiri daripada mereka yang mahir dalam adat penduduk asli dan adat untuk menyelesai­kan isuisu ini seharusnya dilakukan dengan baik,” katanya.

Justeru ujarnya, PH Sarawak memerhatik­an aspek positif cadangan pindaan ke atas aspek hak milik selama-lamanya ke atas ‘territoria­l domain’ ( Seksyen 6A(3) (b).

Bagaimanap­un ujarnya, perkara itu sendiri tidak boleh menjelaska­n aspek- aspek tidak masuk akal pindaan seperti dinyatakan.

Hadir sama, ADUN Kota Sentosa yang juga Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen dan ADUN Krian Ali Biju.

 ??  ?? BANTAH: Baru pada sidang media menyatakan pendirian PH Sarawak membantah Rang Undang- Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 di Pusat Media, DUN semalam.
BANTAH: Baru pada sidang media menyatakan pendirian PH Sarawak membantah Rang Undang- Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 di Pusat Media, DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia