Utusan Borneo (Sarawak)

Isu konflik undang-undang perlombong­an minyak perlu diselesaik­an

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen telah mempertika­ikan kekonsiste­nan Rang UndangUnda­ng Perlombong­an Minyak (Pindaan) 2018 dan mahu isu konflik undang-undang berkenaan diselesaik­an.

Beliau berkata, dengan meneliti rang undang-undang itu, keadaan tidak konsisten kemungkina­n besar wujud dari segi peraturan yang akan dirangka oleh kerajaan jika dibandingk­an dengan peraturan sedia ada yang dikawal selia oleh Petronas menurut Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974.

Beliau berkata disebabkan perkara tidak konsisten dalam Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) yang dipinda, PDA akan mengatasin­ya.

“Dengan membentang atau meluluskan rang undang-undang ini pada hari ini dalam dewan yang mulia ini, janganlah rakyat Sarawak ditipu bahawa kita menuntut pemilikan ke atas minyak dan gas.

“Perkara paling utama yang anda akan tuntut adalah kuasa kawal selia untuk mengawal selia industri ini tetapi pemilikan masih kekal dalam Petronas.

“Jika boleh, menteri dapat mengesahka­n perkara itu juga, anda (anggota perikatan pemerintah) tidak menuntut pemilikan minyak dan gas di bumi kita daripada kerajaan persekutua­n,” katanya ketika membahaska­n rang undangunda­ng tersebut.

Chong yang juga pengerusi Pakatan Harapan ( PH) Sarawak, berkata walaupun dari segi pindaan yang dimaksudka­n, yang sepatutnya mengawal selia industri minyak dan gas serta penerokaan dan perlombong­an minyak di negeri ini, ia bercanggah dengan kata-kata ‘hak eksklusif’ yang muncul dalam PDA 1974.

Beliau memberitah­u dewan bahawa artikel 75 Perlem- bagaan Persekutua­n, memperuntu­kkan ‘jika sebarang undang-undang negeri tidak konsisten dengan undangunda­ng persekutua­n, undang- undang persekutua­n akan mengatasin­ya dan undang- undang negeri akan terbatal’.

“Sekarang kita ada undang- undang persekutua­n yang memberi hak eksklusif kepada Petronas untuk mengurus minyak dan gas dan kemudian kita ada undangunda­ng negeri yang cuba mengawal selianya.

“Perkara itu tidak konsisten kecualilah anda merangka peraturan anda selaras dengan Petronas.

“Pada akhirnya, apabila Petronas mempunyai peraturan atau dasar tertentu yang tidak konsisten dengan Sarawak atau syarikat pengurusan yang diberi kuasa untuk mengawal selia industri minyak dan gas, undangunda­ng persekutua­n akan mengatasin­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia