Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib terima kunjungan Mat Sabu

-

KUCHING: Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu di kediamanny­a lewat kelmarin.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengeratka­n jalinan kerjasama di antara kerajaan pusat dengan Kerajaan Sarawak.

Kunjungan itu antara lain merupakan kunjungan pertama Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Semasa kunjungan terbabit, beliau turut ditemani isteri, Normah Alwi.

 ??  ?? MESRA: Mat Sabu (dua kiri) bersama isterinya Normah (dua kanan) merakam kenangan bersama Tun Taib dan Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.
MESRA: Mat Sabu (dua kiri) bersama isterinya Normah (dua kanan) merakam kenangan bersama Tun Taib dan Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia