Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka perlu melengkapk­an diri dengan pengetahua­n, kemahiran dan penguasaan penggunaan teknologi terbaharu

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Pengetua sekolah di negeri ini perlu melengkapk­an diri dengan pengetahua­n, kemahiran dan penguasaan penggunan teknologi terbaharu sebagai persiapan menghadapi cabaran revolusi industri (Industri 4.0).

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata teknologi kini berubah dalam masa yang pantas, memerlukan generasi masa depan berdaya saing, inovatif dan memenuhi cabaran Industri 4.0.

”Profesion perguruan pada abad ke-21 khususnya bagi pengetua terdedah dengan cabaran intelektua­l, kerohanian, budaya, kebendaan, ideologi baharu dan isu berkaitan etika perkhidmat­an awam.

” Tugas ini merupakan satu cabaran namun melalui pendidikan ia dapat memberi peluang kepada setiap individu bergerak ke hadapan seterusnya menyumbang kepada komuniti dan pembanguna­n negara,” katanya pada Persidanga­n Pengurusan Pendidikan Untuk Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Ke-53 di sini semalam.

Beliau menambah, dalam era digital perubahan dan cabaran dihadapi pengetua masa kini adalah kebiasaan memberi peluang pendidikan berkualiti tinggi kepada pelajar.

” Justeru, pengetuape­ngetua harus mempunyai harga diri tinggi seterusnya dapat menjadi contoh dan teladan kepada guru dan pelajar,” jelasnya.

Manyin menambah, pembentuka­n semula pendidikan mesti selaras dengan transforma­si ekonomi bagi meningkatk­an prestasi pelajar di sekolah selain menyediaka­n akses pendidikan berkualiti.

Katanya kecemerlan­gan

Profesion perguruan pada abad ke21 khususnya bagi pengetua terdedah dengan cabaran intelektua­l, kerohanian, budaya, kebendaan, ideologi baharu dan isu berkaitan etika perkhidmat­an awam. Dato Sri Michael Manyin Jawong Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

sesebuah sekolah dan disiplin baik bergantung kepada keupayaan pengetua mentadbir, malah pengetua bertanggun­gjawab membawa perbezaan kepada sekolah sama ada mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n mahupun disiplin.

”Justeru, pengetua wajar memberi contoh terbaik kepada guru dan pelajar selain memastikan persekitar­an pembelajar­an kondusif,” katanya.

Sementara itu persidanga­n bertemakan ‘ Pengetua Pemacu Transforma­si Pendidikan Negara’ bermula semalam hingga Khamis ini memfokus kepada usaha meningkatk­an kualiti kepimpinan guru dihadiri kira- kira 193 pengetua menengah dan 31 pegawai pendidikan daerah.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon dan Yang Dipertua Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Abang Othman Abang Masagus.

 ??  ?? TERTARIK: Manyin dan Rakayah (kanan) mendengar taklimat seorang peserta pameran akademik diadakan sempena Persidanga­n Pengurusan Pendidikan untuk Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Ke-53 di Miri semalam.
TERTARIK: Manyin dan Rakayah (kanan) mendengar taklimat seorang peserta pameran akademik diadakan sempena Persidanga­n Pengurusan Pendidikan untuk Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Ke-53 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia