Utusan Borneo (Sarawak)

Shamsirudi­n dilantik sebagai panglima baharu 9 Briged

-

SIBU: Seramai 18 pegawai dan 185 anggota Lain-Lain Pangkat ( LLP) daripada pasukan di bawah naungan Briged Ke-9 Infantri Malaysia ( 9 Briged) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 9 Briged, petang semalam.

Perbarisan diketuai Pegawai Memerintah Rejimen 510 Askar Wataniah ( AW) Leftenan Kolonal Zakaria Abdul Rahman di Padang Kawad Rejimen Ketiga Renjer Diraja (3 RRD) Kem Oya, Sibu.

Serah terima tugas ini telah dilaksanak­an Pemangku Panglima Leftenan Kolonal Abdul Razak Hashim kepada Brigedier Jeneral Shamsirudi­n Mohd Shariff selaku panglima 9 Briged yang baharu.

Atur cara diteruskan dengan jamuan makan sempena Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 9 Briged di Dewan Oya Batu 14, Sibu.

Pada masa sama, panglima 1 Divisyen dan panglima 9 Briged bersalaman dan bertanya khabar dengan veteran ATM, pegawai dan anggota di bawah naungan 9 Briged.

Turut hadir Panglima 1 Divisyen Mejer Jeneral Toh Choon Siang, Ketua Staf MK 9 Briged Leftenan Kolonel Jauhari Talib, ketua serta pegawai memerintah dan pemerintah 9 Briged.

 ??  ?? TAHNIAH: Shamsirudi­n (kiri) dan Abdul Razak semasa upacara serah terima tugas, semalam.
TAHNIAH: Shamsirudi­n (kiri) dan Abdul Razak semasa upacara serah terima tugas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia