Utusan Borneo (Sarawak)

Usah panik dengar khabar angin ESHN dihentikan

Sehingga Jun lalu nelayan yang layak masih menerima bantuan bulanan terbabit, kata Norlaili

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Nelayan yang layak menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) tidak perlu panik dengan khabar angin mengenai bantuan terbabit telah dihentikan.

P e g a w a i L e m b a g a Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wilayah III Miri Norlaili Baharuddin berkata, sehingga Jun lalu nelayan yang layak masih menerima bantuan bulanan terbabit.

“Lebih 400 nelayan yang menerima ESHN masih mendapat bantuan itu, cuma kami melakukan pemutihan untuk mengenal pasti nelayan yang benar- benar layak,” katanya pada Majlis RamahTamah Aidilfitri LKIM Wilayah III Miri semalam.

Norlaili berkata, sehingga kini LKIM tidak menerima sebarang notis atau arahan daripada kerajaan pusat untuk menghentik­an ESHN.

“Hari itu cuma masalah teknikal bank sahaja sebab itu berlaku sedikit kelewatan namun masalah berkenaan telah selesai dan nelayan

Norlaili Baharuddin Pegawai LKIM Wilayah III Miri

telah menerima bantuan sepatutnya,” jelasnya.

LKIM menurutnya, akan melakukan pemutihan berkala termasuk memantau nelayan yang menerima EHSN tetapi tidak turun ke laut

“LKIM akan memantau serta berhak menghentik­an bantuan itu jika nelayan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” tegasnya.

ESHN kepada nelayan sebanyak antara RM200 dan RM300 seorang sudah bermula sejak Jun 2008 dengan tujuan meringanka­n bebanan kos sara hidup golongan nelayan.

Sebelum ini, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumka­n bahawa pemberian ESHN secara bulanan kepada golongan nelayan tidak akan dihentikan.

Sebaliknya bantuan yang dihentikan sebagaiman­a dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalahmeru­jukkepadai­nsentif tunai secara ‘one-off’ yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini kepada nelayan.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Miri Malik Bol dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Miri Musa Bujang.

Pada majlis itu, LKIM Wilayah III Miri turut menyampaik­an duit raya kepada 28 anak-anak yatim daripad Kompleks Kebajikan Hamidah.

 ??  ?? ERATKAN HUBUNGAN: (Dari lima kanan) Malik, Norlaili dan Musa bergambar dengan anak-anak yatim pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri LKIM Wilayah III Miri semalam.
ERATKAN HUBUNGAN: (Dari lima kanan) Malik, Norlaili dan Musa bergambar dengan anak-anak yatim pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri LKIM Wilayah III Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia