Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP Mukah rekod 45 kes selepas musim perayaan

-

MUKAH: Tiada sebarang kesalahan dicatatkan peniaga di kawasan Mukah sepanjang tempoh Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Menurut Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Mukah Moss Baok, pihaknya telah menjalanka­n 245 pemeriksaa­n sepanjang tempoh itu dan setiap peniaga mematuhi semua arahan.

“Tiada sebarang kesalahan dicatatkan sepanjang tempoh pemeriksaa­n berkenaan dijalankan ketika Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya2018KP­DNHEPMukah tengah hari semalam.

Sebaliknya kebanyakan kes yang dicatatkan adalah setelah tempoh skim harga musim perayaan berakhir.

“Sehingga 9 Julai, hanya 45 kes terdiri daripada pelbagai kesalahan,” jelasnya.

Antaranya membabitka­n Akta Perihal Dagangan (empat kes), Akta Timbang dan Sukat 1972 (16 kes), Akta Kawalan Harga (22 kes), Akta Antipencat­utan 2011 ( dua kes) dan Akta Perlindung­an Pengguna 1999 (satu kes).

Nilai rampasan secara k e s e l u r u h a n a d a l a h RM16,008.20 sementara nilai kompaun pula RM6,300.

Pada masa sama, Moss turut mengalu-alukan para pengguna membuat aduan kepada pihaknya jika terdapat perkara berkaitan melalui saluran disediakan.

Antaranya adalah melalui aduan secara terus ke pejabat, secara panggilan ke pejabat atau lebih mudah secara dalam talian.

“Kami memang turut berharap kerjasama daripada pengguna di samping pemantauan secara berterusan oleh pegawai,” jelasnya.

Ramah- Tamah GawaiRaya berkenaan turut disertai pelbagai agensi serta klien KPDNHEP Mukah.

 ??  ?? JAMU SELERA: Moss (tiga kanan) bersama yang lain merakam kenangan pada Ramah-Tamah Gawai-Raya semalam.
JAMU SELERA: Moss (tiga kanan) bersama yang lain merakam kenangan pada Ramah-Tamah Gawai-Raya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia