Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja sediakan tapak BCF 2018 dijangka siap 16 Julai

-

SIBU: Kerja menyediaka­n tapak penganjura­n Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2018 dijadualka­n siap sepenuhnya pada 16 Julai ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Rogayah Jamain berkata kerja- kerja itu bermula Jumaat lalu dan berjalan dengan lancar.

“Sudah pasti, ada reka bentuk berbeza tahun ini termasuk meletakkan lebih banyak elemen kebudayaan khususnya pada bahagian gerbang BCF berbanding tahun lalu,” katanya.

Rogayah berkata, gerbang BCF kali ini didirikan dengan pentas mini di belakang membolehka­n setiap kumpulan etnik m e n g a n j u r k a n a t a u mempamerka­n aktiviti mereka seperti permainan tradisiona­l, pakaian tradisiona­l dan alat muzik.

Beliau berkat gerbang tersebut merupakan satu destinasi paling diminati p e n g u n j u n g k e t i k a penganjura­n BCF 2017 dan menjadi tempat mengambil foto kegemaran mereka.

“Salah satu lagi ialah ‘Tibau’ (ayunan) salah satu permainan tradisi kaum Melanau. Tibau menjadi tarikan pengunjung yang memeriahka­n BCF tersebut,” jelasnya.

Menurutnya, BCF diperkenal­kan pada 2002 mempamerka­n budaya, w a r i s a n d a n e t n i k Sarawak dijadualka­n akan berlangsun­g dari 19 hingga 28 Julai ini.

Beliau berkata, majlis pelancaran rasmi BCF dijadualka­n pada 20 Julai di lokasi bertentang pintu gerbang.

“Pada tahun l alu, penganjura­n BCF berjaya menarik kedatangan kirakira 600,000 pengunjung,” katanya.

 ??  ?? ROGAYAH
ROGAYAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia