Utusan Borneo (Sarawak)

Didenda RM1,000 kerana merusuh, bergaduh

-

JOHOR BAHRU: Garagara merusuh dan mengakibat­kan kecederaan, sembilan lelaki semalam didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Majistret Noor Aisyah Ahmad turut memerintah­kan semua lelaki tersebut menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Kesembilan mereka ialah A Haresh Kumar, 20; N Mugenthan, 32; S Nageshvara­n, 28; U S Kasavan, 20; S Suriya Pragas, 32; N Sanmugam, 32; B Jieva, 28; G Raja Rao, 32 dan R Chandramat­han Rao, 24.

Mereka didakwa mengambil bahagian dalam satu pergaduhan dengan merusuh dan menyebabka­n kecederaan antara satu sama lain di hadapan Pusat Hiburan Evolution di Jalan Mutiara Emas 10/2, Taman Mount Austin di sini, kira-kira jam 3.30 pagi, 29 Jun lalu.

Kesemuanya didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit dengan kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, tiga daripada tertuduh dan seorang lagi individu didenda RM300 selepas mengaku salah bergaduh pada hari sama.

Majistret Azureen Shahira Saufee Affandi turut memerintah­kan Chandramat­han, Kasavan, Mugenthan dan S Ganapathis­waran, 32, menjalani hukuman penjara sebulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama dengan beberapa orang yang masih bebas melakukan satu gaduh gempur di hadapan Wad Kecemasan, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, kira-kira 5 pagi, 29 Jun lalu.

M e r e k a d i d a k w a mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan bagi kedua- kedua kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh Chandramat­han diwakili peguam S Thina dan tertuduh lain tidak diwakili peguam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia