Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak lelaki 10 tahun maut dipercayai didera

-

KUANTAN: Seorang kanakkanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Permatang Badak di sini, kelmarin.

Ketua Polis negeri Datuk Seri Rosli Abdul Rahman berkata ibu kandung mangsa, 29, sebelum itu, membuat panggilan kecemasan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 12 tengah hari memaklumka­n anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah.

“Setelah menerima panggilan, sebuah ambulans berserta anggota perubatan ke rumah mangsa dan menemui kanakkanak itu berada dalam kead- aan tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan kemudian cuba melakukan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulm­onari (CPR), sebelum mengejarka­nnya ke HTAA untuk mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Kecemerlan­gan Kadet Polis Kontijen Pahang di sini semalam.

Mangsa, bagaimanap­un meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Berikutan itu pihak HTAA telah membuat laporan polis pada jam 3.45 petang apabila pemeriksaa­n awal mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam pada beberapa anggota badan mangsa, dipercayai akibat didera.

Rosli berkata, bertindak atas laporan itu polis kemudian menahan ibu mangsa yang datang untuk membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Siasatan awal polis mendapati suspek turut menjadi pengasuh kepada tiga kanakkanak lain di rumahnya dan kita akan memanggil anggota keluarga mangsa untuk bantu siasatan,” katanya.

Bedah siasat masih dijalankan di Unit Forensik HTAA dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Rosli bersama anggota Kadet Polis pada majlis pelancaran Program Kecemerlan­gan Kor Kadet Polis Pahang 2018, di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama LANCAR: Rosli bersama anggota Kadet Polis pada majlis pelancaran Program Kecemerlan­gan Kor Kadet Polis Pahang 2018, di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia