Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 10,000 liter diesel bernilai RM74,751 dirampas

-

IPOH: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Perak merampas 10,920 liter minyak diesel yang dianggarka­n bernilai RM74,751 di sebuah premis di Chemor di sini, Khamis lepas.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK negeri Shamsul Nizam Khalil berkata, sepasukan pegawai penguatkua­sa menjalanka­n pemeriksaa­n kira-kira jam 5 petang terhadap premis berkenaan yang menjalanka­n aktiviti jualan barang kawalan diesel di sekitar Ipoh.

Beliau berkata hasil risikan pihaknya sejak dua minggu lepas mendapati pemilik premis berusia 50 tahun itu menjalanka­n perniagaan barang kawalan diesel secara borong tetapi tidak mempu- nyai lesen atau kebenaran yang sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

“Pemilik premis itu juga menerima bekalan minyak diesel daripada beberapa pembekal syarikat minyak dan pemborong minyak yang tidak mempunyai lesen secara sah dan minyak itu diedarkan kepada pelanggan yang kebanyakan­nya premis kilang di sekitar negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati syarikat terbabit pernah beroperasi sebagai stesen minyak dan mempunyai lesen runcit barang kawalan diesel, namun sudah tamat tempoh sejak Mei tahun lepas.

Shamsul Nizam berkata, hasil pemeriksaa­n juga mendapati syarikat itu disyaki cuba menyelewen­g barang kawalan diesel yang dibeli dengan harga subsidi bagi perniagaan stesen minyak iaitu RM2.18 seliter dan dijual pada harga borong antara RM2.30 dan RM2.40 kepada pemilik kilang.

Katanya, syarikat itu juga tidak mendapat kebenaran daripada pihak bomba untuk menjalanka­n perniagaan barang kawalan diesel secara borong.

Beliau berkata, pihaknya mengambil tindakan dengan menyita sebuah lori tangki, enam tangki minyak berkapasit­i 16,000 liter setiap satu yang didapati kosong dan sebuah pam minyak mini di premis tersebut.

“Kita mengambil keterangan pemilik premis serta beberapa pekerja di premis berkenaan semasa hari kejadian dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Shamsul Nizam berkata, pihaknya merampas barang kawalan diesel dengan nilai rampasan berjumlah RM75,321 bagi tempoh Januari hingga 5 Julai tahun ini.

“KPDNKK memandang serius terhadap mana-mana individu yang menjalanka­n urus niaga atau aktiviti berkaitan barang kawalan tanpa mempunyai lesen dan kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

“Minyak diesel adalah salah satu barang kawalan berjadual dan dikawal selia oleh KPDNKK di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan PeraturanP­eraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPASAN: Rahim (dua kanan) bersama anggota memeriksa hasil laut yang dirampas selepas bot nelayan Vietnam itu menceroboh perairan negara ini pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim negeri dekat Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama RAMPASAN: Rahim (dua kanan) bersama anggota memeriksa hasil laut yang dirampas selepas bot nelayan Vietnam itu menceroboh perairan negara ini pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim negeri dekat Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia