Utusan Borneo (Sarawak)

Rosmah tidak kemuka permohonan tuntut barang kemas, kata KPN

-

KUALA TERENGGANU: sAgensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan sebuah bot nelayan bersama-sama 10 awak-awak dan seorang tekong warga Vietnam yang menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan negeri ini, kelmarin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata bot tersebut ditahan pada kira- kira 2.40 pagi di lokasi 50 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Menurut beliau, mereka yang ditahan berusia antara 21 hingga 49 tahun dan dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang dikemukaka­n adalah meragukan dan disyaki palsu.

“Pada mulanya anggota kami mengesan enam bot nelayan Vietnam yang sedang menangkap ikan menggunaka­n pukat tunda di kawasan berdekatan pelantar minyak Banang, tetapi hanya satu berjaya ditangkap kerana kapal KM Gemia mengalami kerosakan enjin.

“Berlaku episod mengejar selama sejam sebelum anggota penguat kuasa dapat menahan mereka memandangk­an suasana gelap gelita dan cuaca pula buruk dengan ombak besar.

“Namun saya ucapkan syabas kepada mereka kerana walaupun dalam keadaan aset yang serba kekurangan dan bahaya tetap menjalanka­n tugas dengan baik,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jumlah rampasan iaitu lima tan hasil laut, 1,500 liter diesel, peralatan menangkap ikan serta bot dianggarka­n bernilai RM1.5 juta, katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima permohonan daripada isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk menuntut barang kemas bernilai ratusan juta yang dirampas Mei lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata, jika Rosmah ingin berbuat demikian, beliau harus mengikut undangunda­ng dan ada caranya untuk memohon.

“Perkara ini bukannya mudah kerana ia mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-83 Perwakilan Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah di Mahkamah Tinggi di sini, bulan lepas.

Syarikat itu menuntut supaya isteri bekas perdana menteri memulangka­n kembali 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah AS$14.79 juta (RM59.831 juta).

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata, polis akan mem- buktikan apa yang didakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang serbuan yang dilakukan di beberapa premis milik beliau dan anaknya sebagai tidak memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Itu hanya sekadar dakwaannya sahaja, macammacam dia boleh cakap. Biar (Najib) nak cakap apa pun, kita kena ikut proses undang-undang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia