Utusan Borneo (Sarawak)

Laman sesawang terbabit akan turut disekat dalam tempoh terdekat

-

KUALA LUMPUR: Pengguna Internet yang melayari laman sesawang lucah akan dipantau melalui kerjasama antara Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam mengesahka­n perkara ini, Timbalan Menteri KKMM Eddin Syazlee Shith berkata laman sesawang terbabit akan turut disekat dalam tempoh terdekat menerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Selain laman sesawang berunsurka­n lucah, pemantauan web lain termasuk yang berunsurka­n perjudian akan turut dikaji,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konsert Kenangan Lalu Mestika D’Klasik sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 di Angkasapur­i di sini, amalan.

“Memang menjadi satu perkara yang diperjuang­kan kerajaan sekarang untuk menyekat dan mengekang laman web yang tidak berfaedah dan bukan-bukan,” katanya.

Media kelmarin melaporkan bahawa satu unit baharu PDRM, Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-kanak Malaysia (MICAC) ditubuhkan dengan kemampuan memantau mereka yang melayari kandungan lucah di alam siber, terutamany­a pornografi kanak-kanak.

Dalam membuat peman-

Memang menjadi satu perkara yang diperjuang­kan kerajaan sekarang untuk menyekat dan mengekang laman web bukan.” yang tidak berfaedah dan bukan-

tauan, unit berkenaan yang dilengkapi peralatan canggih juga akan mengesan kekerapan dan jenis kandungan lucah yang dimuat naik serta dimuat turun pengguna berk- enaan bagi tujuan pendakwaan nanti.

Sementara itu, dalam ucapannya Eddin Syazlee berkata beliau yakin usaha mentransfo­rmasi RTM yang sedang dilaksanak­an akan mengukuhka­n lagi entiti itu sebagai sebagai penyiar rasmi kerajaan sekali gus meningkatk­an daya saing dan produktivi­ti warga kerjanya.

“RTM sebagai organisasi penyiaran yang berusia 72 tahun masih kekal relevan dan mampu berkembang ke tahap yang Iebih cemerlang. Saya amat yakin transforma­si ini akan mengukuhka­n lagi kedudukan RTM katanya.

Pada majlis itu, tiga pegawai pengurusan RTM yang bersara baru-baru ini turut diraikan. — Bernama

Eddin Syazlee Shith Timbalan Menteri KKMM

 ?? — Gambar Bernama ?? RAI: Eddin (tiga kanan) memotong pulut kuning bersama bekas Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim (dua kanan), bekas Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Penyiaran Magli Alias (tiga kiri) dan bekas Pengarah Khidmat Pengurusan...
— Gambar Bernama RAI: Eddin (tiga kanan) memotong pulut kuning bersama bekas Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim (dua kanan), bekas Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Penyiaran Magli Alias (tiga kiri) dan bekas Pengarah Khidmat Pengurusan...
 ?? — Gambar Bernama ?? KONGSI ILMU: Teresa (tengah) dan Shamsul (kanan) diberi penerangan mengenai penggunaan racun rumpai oleh Zairossani (kiri) ketika melawat pameran selepas perasmian Persidanga­n Industri Getah Kebangsaan di Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama KONGSI ILMU: Teresa (tengah) dan Shamsul (kanan) diberi penerangan mengenai penggunaan racun rumpai oleh Zairossani (kiri) ketika melawat pameran selepas perasmian Persidanga­n Industri Getah Kebangsaan di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia