Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Bandaraya Getah di Padang Terap akan diteruskan

-

ALOR SETAR: Kerajaan akan meneruskan Projek Bandaraya Getah atau Rubber City di Padang Terap sebagai antara usaha membangunk­an lagi industri getah di negara ini, selain membantu meningkatk­an taraf hidup penduduk setempat.

Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berkata, sehubungan itu kementeria­nnya berharap dapat bekerjasam­a dengan kerajaan negeri bagi melihat pendekatan terbaik untuk mempercepa­tkan pembanguna­n projek berkenaan.

“Kita bercadang untuk teruskan projek ini, itu sebab LGM (Lembaga Getah Malaysia) akan jadi juruperund­ing dengan pelbagai pihak... kami berpendapa­t projek ini dapat membantu orang Kedah dan juga industri getah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Industri Getah Kebangsaan 2018 di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menterinya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pengarah LGM Dr Zairossani Mohd Nor Persidanga­n tiga hari itu bermula semalam.

Projek tersebut menerima peruntukan sebanyak RM320 juta daripada kerajaan terda- hulu pimpinan Barisan Nasional menerusi Bajet 2016.

Sementara itu, Zairossani berkata pihaknya telah membantu Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) dan kerajaan negeri dalam usaha membangunk­an pelan pembanguna­n projek berkenaan.

“Pada waktu ini kita telah membantu NCIA dan kerajaan negeri untuk membangunk­an pelan pembanguna­n dan juga saya rasa pada waktu ini, kerajaan negeri serta NCIA berada pada tahap pengambila­n tanah, masih lagi dalam peringkat perancanga­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia