Utusan Borneo (Sarawak)

Keberkesan­an undang-undang berkaitan pemandu mabuk dikaji

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pengangkut­an akan melihat semula keberkesan­an undangunda­ng sedia ada dalam menangani kes memandu dalam keadaan mabuk terutamany­a dalam soal hukuman yang dikenakan, kata Menterinya Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata penyelesai­an segera perlu dicari bagi menangani isu itu selepas peruntukan sedia ada dalam undang-undang berkaitan dilihat tidak setimpal berbanding kesan daripada kesalahan tersebut.

“Sekiranya aspek undangunda­ng sedia ada tidak cukup ketat, kita akan pertimbang untuk memperketa­tkannya selepas ini,” katanya mengulas insiden empat lelaki maut dan seorang lagi patah kaki setelah dirempuh kereta dipandu pemandu mabuk di Tawau, Sabah pada Ahad lepas.

Bercakap kepada pemberita di sini semalam selepas melepaskan konvoi 22 peserta menggunaka­n kereta Porsche dari Putrajaya ke Bangkok, Thailand bagi menyertai sambutan Ulang Tahun Porsche ke-70, Loke berkata beliau telah mengarahka­n siasatan terperinci dibuat berhubung insiden itu dan mahu pendakwaan sepatutnya dilakukan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi Ahad itu, kereta dipandu wanita mabuk dikatakan melanggar tiga buah kenderaan serta orang yang sedang melepak di kawasan Jalan Chong Thien Vun, Tawau.

Untuk rekod, ketika ini pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dituduh di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM6,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabka­n kematian pula, pesalah boleh didakwa di bawah Seksyen 43 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh juga dihukum penjara maksimum 12 bulan.

Sementara itu Loke berkata, beliau telah menyerahka­n nama calon yang dicadangka­n untuk mengisi jawatan pengerusi eksekutif Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pengumuman pengerusi eksekutif yang baharu itu akan diumumkan perdana menteri tidak berapa lama lagi… ini bagi memastikan kesinambun­gan operasi MAVCOM tidak terganggu,” katanya tanpa memperinci­kan bilangan calon dan nama individu yang diserahkan.

Sumber yang dekat dengan Tan Sri Jeneral (B) Abdullah Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata pengerusi eksekutif MAVCOM itu akan meletak jawatan.

MAVCOM menarik perhatian umum berikutan gesaan syarikat penerbanga­n tempatan seperti AirAsia, Eaglexpres­s Air Charter Sdn Bhd dan Suasa Airlines Sdn Bhd agar suruhanjay­a itu dimansuhka­n kerana didakwa tidak memahami industri penerbanga­n berfungsi, selain pendedahan gaji dan elaun tinggi yang diterima Abdullah selaku pengerusi eksekutif iaitu kira- kira RM85,000 sebulan.

Loke berkata, gaji pengerusi eksekutif baharu MAVCOM akan dinilai semula. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia