Utusan Borneo (Sarawak)

KPKT pertimbang kaji kategori tahap risiko kawasan rekreasi

-

LUMUT: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mempertimb­ang untuk melaksana kajian berkenaan penyusunan kategori dan tahap bahaya di kawasan rekreasi kepada pengunjung di negara ini.

Menterinya Zuraidah Kamaruddin berkata, kajian melibatkan khusus bagi aktiviti air, kawasan hutan serta gunung yang berisiko kepada pengunjung sebagai langkah berjaga-jaga.

“Mungkin perlu ada panduan khas sebelum mereka masuk ke sesuatu kawasan, (sepertiman­a) kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis supaya mereka dapat dipantau,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai keperluan untuk mengkatego­rikan kawasan rekreasi risiko susulan kejadian 12 budak lelaki dan jurulatih pasukan bola sepak sekolah yang terperangk­ap di dalam gua akibat banjir di Thailand, baru-baru ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Mahfuz bersama Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Ir Omar Mat Piah (empat kanan), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh (tiga kanan) bergambar kenangan pada majlis pelancaran...
— Gambar Bernama KENANGAN: Mahfuz bersama Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Ir Omar Mat Piah (empat kanan), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh (tiga kanan) bergambar kenangan pada majlis pelancaran...
 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Zuraida bertanya khabar kepada pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Zin@ Abdul Halim Din ketika menyampaik­an sumbangan kerusi roda sempena lawatan kerja rasminya ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak di Balai Bomba dan...
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Zuraida bertanya khabar kepada pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Zin@ Abdul Halim Din ketika menyampaik­an sumbangan kerusi roda sempena lawatan kerja rasminya ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak di Balai Bomba dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia