Utusan Borneo (Sarawak)

Isu besar meliputi teras tamadun, pendidikan dan nilai kenegaraan

-

NILAI: Pengiktira­fan ke atas Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC), yang kini diungkit kembali, memerlukan penelitian yang amat mendalam di samping mengambil kira kepentinga­n kaum majoriti di negara ini, iaitu kaum Melayu.

Budayawan dan Pengamal Undang- Undang Tan Sri Rais Yatim berkata kerajaan juga perlu mengambil kira pandangan Majlis Raja-Raja, terhadap implikasi pengikitra­fan UEC ini kepada bahasa Melayu, agama Islam, adat istiadat Melayu dan keutuhan konsep Perisytiha­ran Malaysia.

“Saya berpandang­an bahawa UEC ini adalah sesuatu yang besar yang meliputi teras tamadun, teras pendidikan dan teras nilai kenegaraan. Oleh itu ia memerlukan penelitian yang amat mendalam terlebih dahulu.

“Ini bererti bukan setakat nak diputus kabinet, tetapi ia perlu mendapat perhitunga­n daripada semua cerdik pandai universiti, sosial dan pembanguna­n komuniti tanah air,” katanya kepada pemberita selepas Syarahan Pembudayaa­n Budaya Tinggi Sebagai Tiang Seri Kepimpinan Belia di Malaysia, di sini semalam.

Beliau berkata kerajaan juga perlu melihat pandangan itu dari sudut dari mana asalnya UEC ini yang dianjurkan oleh sekolah persendiri­an Cina, dan apa matlamat sebenarnya, bagaimana kedudukan bahasa Melayu dan sistem

Ini bererti bukan setakat nak diputus kabinet, tetapi ia perlu mendapat perhitunga­n daripada semua cerdik pandai universiti, sosial dan pembanguna­n komuniti tanah air. Tan Sri Rais Yatim Budayawan dan Pengamal Undang-Undang

pendidikan kenegaraan Malaysia pada masa hadapan.

“Di samping itu perlu juga kerajaan mengkaji apakah yang menyebabka­n ia perlu diiktiraf. Adakah ini kehendak majoriti atau ini kehendak sekelumit pihak yang mempunyai atur galur berhubung dengan masa ha- dapan pihak tertentu.

“Untuk itu saya kira UEC kita mesti halusi dan apa implikasin­ya sebab ini Malaysia dan ini bukan di Taiwan,” katanya.

Untuk makluman, sekolah persendiri­an Cina yang menganjurk­an UEC tidak menerima dana daripada kerajaan, dan dalam skop pengajaran, bahasa Mandarin menjadi medium pengajaran dengan penekanan kepada subjek-subjek di bawah UEC dan hanya satu subjek bahasa Melayu disertakan, sebagai memenuhi syarat ditetapkan kerajaan. — Bernama BAGAN SERAI: Pemberian bantuan peralatan pertanian oleh kerajaan kepada petani adalah untuk meningkatk­an taraf ekonomi mereka dan bukan untuk dijual, kata Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata peralatan seperti mesin pemotong rumput dan pam penyembur racun adalah bantuan untuk mereka menjana pendapatan dan bukan mengaut keuntungan.

“Saya minta petani yang menerima bantuan dapat memanfaatk­an kemudahan itu kerana kerajaan memberikan kepada mereka yang layak menerimany­a, sekiranya dijual amat merugikan kepada mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan peralatan oleh Majlis Pembanguna­n Pertanian (MP3) Parlimen Bagan Serai di Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Serai/Beriah dekat sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 20 orang telah menerima bantuan yang membabitka­n mesin pemotong rumput, mesin pemerah tebu, mesin memproses krisik dan pam penyembur racun bernilai antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap sebuah.

Azmi yang juga Pengerusi Majlis Pembanguna­n Pertanian Parlimen Bagan Serai berkata pihaknya berharap agar kerajaan baharu Pakatan Harapan dapat meneruskan bantuan seperti ini kepada para petani dan nelayan di kawasan ini.

Ini kerana masih ada golongan tersebut yang kurang berkemampu­an layak menerima bantuan dalam memajukan industri pertanian, katanya.

Sementara itu, Azmi berkata pihaknya juga menyambut baik langkah kerajaan untuk melakukan pemutihan terhadap para nelayan yang menikmati elaun sara hidup.

“Ini bagi mengelak berlakunya ketirisan supaya hanya mereka yang layak sahaja menerima elaun tersebut,” katanya sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub kelmarin berhubung kerajaan akan melaksanak­an pemutihan selewat-lewatnya hujung tahun ini untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja menikmati elaun sara hidup nelayan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Dr Mahathir menyampaik­an Perutusan Khas pada Program Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam. Turut hadir Wan Azizah dan Abu Kassim.
— Gambar Bernama AMANAT: Dr Mahathir menyampaik­an Perutusan Khas pada Program Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam. Turut hadir Wan Azizah dan Abu Kassim.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI IDEA: Rais bercakap kepada pemberita selepas Majlis Syarahan Budaya Tinggi bertajuk Pembudayaa­n Budaya Tinggi Sebagai Seri Kepimpinan Belia di Malaysia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI IDEA: Rais bercakap kepada pemberita selepas Majlis Syarahan Budaya Tinggi bertajuk Pembudayaa­n Budaya Tinggi Sebagai Seri Kepimpinan Belia di Malaysia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia