Utusan Borneo (Sarawak)

NGO desak kerajaan PH hentikan terus projek ECRL

-

BENTONG: Sebanyak 12 badan bukan kerajaan ( NGO) yang berkaitan alam sekitar semalam mendesak kerajaan Pakatan Harapan supaya menghentik­an terus pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Lembah Klang ke Pantai Timur kerana didapati meninggalk­an kesan serius kepada alam sekitar.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata ia bukan sahaja akan menjejaska­n alam sekitar tetapi turut mengancam habitat pelbagai hidupan liar di sepanjang kawasan yang terlibat.

“Projek laluan sepanjang lebih 600 kilometer ini bukan sahaja akan membebanka­n dengan kos hutang yang tinggi terpaksa ditanggung oleh rakyat, tetapi dalam masa yang sama juga ia akan menjejaska­n lebih 12 hutan simpan kekal yang terletak di sepanjang laluan.

“Mengikut laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) pihak konsultan sendiri, jajaran awalnya akan melibatkan pembersiha­n lebih 2,000 hektar hutan dan menyebabka­n fregmentas­i yang serius.

“Setelah kajian lapangan dilakukan semula hanya 357 hektar kawasan hutan simpan kekal yang terlibat, namun ia masih tidak membantu untuk atasi masalah ini,”katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan ECRL di Kilometer 55. 2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia