Utusan Borneo (Sarawak)

DAP buka tujuh lagi cawangan di Kelantan

-

KOTA BHARU: DAP membuka tujuh lagi cawangan parti itu di Kelantan dalam usaha melebarkan sayap di negeri yang dikuasai PAS sejak 28 tahun lalu.

Pengerusi DAP Kelantan Chua Chin Hui berkata, cawangan tersebut ialah Pengkalan Chepa dan Suara Muda di sini, Kampung Balai (Bachok), Kampung Lemal (Pasir Mas), Tumpat, Kuala Krai dan Machang.

Beliau berkata, sebelum ini DAP mempunyai cawangan di Kampung Gajah Mati dan Jalan Kebun Sultan di sini, tetapi kurang aktif.

Jumlah keanggotaa­n juga dijangka bertambah daripada 200 kepada 700 orang selepas pembukaan cawangan baharu itu, katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri DAP Kelantan di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.

Chua berkata, DAP sudah lama bertapak di negeri ini, malah pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Garong (sekarang DUN Kota Lama) tetapi keadaan politik semasa sebelum ini menyebabka­n DAP tenggelam.

“Namun dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) diharap DAP dapat kembali aktif dan bersama-sama parti dalam PH merampas Kelantan daripada PAS,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai PH yang telah melepasi hari ke-60 sebagai kerajaan persekutua­n, Kit Siang berkata, pihaknya tidak akan menganggap­nya sebagai tempoh ‘ berbulan madu’ malah akan terus melaksanak­an janji dan bekerja kuat untuk rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia