Utusan Borneo (Sarawak)

Sheffield wilayah paling berasa bangga di England

-

SHEFFIELD, England: Demam bola sepak melanda England ketika pemain mudanya membuat persediaan untuk perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 menentang Croatia, dan tiada wilayah yang paling berasa bangga berbanding di Sheffield, yang didakwa tempat lahir sukan bola sepak moden.

Sekitar 150 batu utara dari kota London, kota Sheffield mempunyai sejarah bola sepak yang kaya yang berterusan sehingga ke hari ini.

Tiga pemain dalam skuad semasa England – Harry Maguire, Kyle Walker dan Jamie Vardy – dibesarkan di Sheffield.

Bendera England, dikenali sebagai Palang St George – kelihatan di mana-mana, dikibarkan di flat-flat, kereta dan premis perniagaan sepanjang bekas bandar industri dikenali Kota Besi.

“Ia menjadikan kami berasa bangga dengan Sheffield apabila mengetahui mereka datang dari sini,” kata Fitsroy Turner, seorang pekerja pembinaan.

Malah seorang paderi tempatan juga berasa ghairah, dilihat memakai weskot yang biasa dipakai jurulatih England, Gareth Southgate pada setiap perlawanan – semasa sembahyang hari Ahad.

Buat kali pertama pada kejohanan ini, majlis tempatan akan memamparka­n perlawanan separuh akhir menerusi skrin gergasi 43 meter persegi di pusat bandar raya yang boleh memuatkan sehingga 10,000 orang.

Bandar raya itu akan meraikan wira mereka di zon peminat di bawah sepanduk “Buatan Sheffield”, kata Richard Eyre, ketua acara ketika memberitah­u AFP.

Seorang pemaju perisian, Jonas Bezzubovas, 24, berkata setiap kemenangan England diraikan berjamjam tetapi Rabu ini menjanjika­n yang terhebat lagi.

“Ia satu perlawanan sekali seumur hidup,” kata beliau.

“Saya merasai debarannya dan bola sepak berada di fikiran semua orang – ia cukup gila di sini,” tambah beliau.

Kemaraan England ke peringkat separuh akhir Piala Dunia telah diiringi dengan slogan “ia akan pulang” – lagu tema kebang- kitan negara dari Euro 1996 yang dianjurkan oleh England.

Di tempat ini di dunia, pulang (rumah) bermakna Sheffield.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, mengiktira­f Sheffield FC – yang dibentuk pada 1857 dan sekarang bermain di divisyen kelapan bola sepak Inggeris – sebagai kelab paling tua di dunia.

Selain dari tiga pemain kelahiran Sheffield, empat lagi anggota semasa skuad mempunyai pertalian dengan bandar raya itu atau negeri sekitarnya, Yorkshire.

“Sheffield begitu bangga dengan warisan bola sepaknya,” kata Mary Lea, seorang anggota kabinet tempatan untuk kebudayaan, taman dan hiburan.

“Di seluruh bandar raya, pub dan kelab dibanjiri pengunjung sehingga awal pagi untuk meraikan kejayaan England.

“Bagi Sheffield, ia benar- benar seperti akan pulang.”

Di bandar raya di mana permusuhan di antara dua kelab terbesarny­a – Sheffield Wednesday dan Sheffield United – yang boleh bertukar ganas pada pertemuan berjiran, mereka mengalu-alukan perpaduan seluruh England.

“Ia menarik melihat permusuhan diketepika­n,” kata Simeon Briggs, yang menguruska­n sebuah bar berhampira­n dan rancangan skrin gergasi untuk menonton perlawanan separuh akhir di antara England menentang Croatia.

Di wilayah berhampira­n, Mosborough, di mana Harry Maguire dikatakan lahir, pub tempatan telah mengubah tempat parkier kereta menjadi zon peminat dengan dua skrin besar – bendera - dan banyak bir untuk diminum.

David Hoyland, pengurus besar British Oak Alehouse, berkata pub di mana ibu bapa Maguire masih menjadi pengunjung setia – jarang menyiarkan perlawanan bola sepak tetapi kali ini mereka membuat pengecuali­an.

Beliau menganggar­kan sekitar 2,000 penyokong hadir menonton perlawanan suku akhir di antara England menentang Sweden Sabtu lepas, dengan 3,000 pin air dan beratus koktail terjual. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia