Utusan Borneo (Sarawak)

Boling: Atlet Sarawak raih pingat perak

-

PETALING JAYA: Bekas pemain boling negara, Hee Kar Yen membuktika­n beliau masih berbisa apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-31 di Pyramid Mega Lanes, Bandar Sunway di sini kelmarin.

Pemain berusia 28 tahun itu berada pada prestasi terbaik selepas enam permainan dengan jumlah keseluruha­n 1,344 jatuhan pin, atau purata 224 mata.

“Saya gembira masih mampu bermain dengan baik kerana saya hanya mula beraksi semula awal tahun ini. Keadaan lorong berminyak hari ini sesuai dengan saya dan ia membantu saya meraih keputusan yang bagus,” kata Kar Yen, yang bersara daripada skuad negara pada 2016 untuk menceburi perniagaan dalam talian.

Sementara itu, atlet Sarawak Nirosha Keligit dan pemain Selangor Qistina Zainal, masing-masing melakukan 1,283 dan 1,241 jatuhan pin untuk meraih pingat perak dan gangsa.

Kar Yen, yang kali terakhir mewakili Malaysia pada Sukan Asia 2014 di Incheon, berharap beliau dapat mencatat keputusan lebih baik pada Kejohanan Kebangsaan.

“Saya tidak meletakkan sasaran tinggi hanya beraksi seperti biasa,” kata Kar Yen, yang kini bermain boling secara sambilan.

Dalam kategori lelaki, pemain Sarawak Abg Afiq Yazid Abg Azman, yang mencatat purata 232 mata, meraih pingat emas dengan keseluruha­n 1,392 jatuhan pin.

Pemain Negeri Sembilan Mohd Fadli Ramli pula memenangi pingat perak, ketinggala­n dengan 114 pin, manakala bekas pemain negara Azidi Ameran dari Selangor dan pemain Perlis Mohd Aiman Faris Mahidi berkongsi gangsa selepas masing-masing mengumpul 1,221 jatuhan pin.

Sementara itu pemain bol- ing remaja negara, Puteri Nurul Dini Mohd Faudzi begitu gembira apabila memenangi pingat emas individu pertamanya pada kejohanan berkenaan.

“Saya menyertai kejohanan ini (Kejohanan Antara Negeri) sejak 2015 dan ini pencapaian terbaik saya. Walaupun tanpa penyertaan beberapa pemain remaja negara (yang terpilih mewakili Malaysia pada Kejohanan Remaja Dunia dari 24 Julai-3 Ogos), kejohanan ini tetap sengit,” kata pemain berusia 19 tahun itu yang mula berkecimpu­ng dalam sukan boling pada 2008.

Puteri Nurul Dini menyumbang­kan pingat emas kepada Negeri Sembilan selepas melakukan catatan 211, 202, 185, 187, 214 dan 218 untuk jumlah keseluruha­n 1,217 jatuhan pin.

Mengekori rapat di tempat kedua dengan ketinggala­n 31 pin adalah Najwa Nazirah Mohd Amir dari Kuala Lumpur yang melakukan 1,186 jatuhan pin, manakala pingat gangsa dimenangi Nurul Alyssa Junaidi dari Sabah dengan 1,173 jatuhan pin.

Dalam kategori remaja lelaki, Mohd Azizi Naim Jabar dari Selangor mengekalka­n pingat emas buat kali kedua berturut-turut selepas mencatat 1,278 jatuhan pin.

“Sasaran saya untuk memenangi tiga pingat emas (individu, double dan berpasukan). Saya berharap dapat melakukann­ya walaupun kejohanan ini benar-benar sengit terutama daripada pendatang baharu,” kata pelajar tahun akhir Politeknik Shah Alam itu.

Sushanor Sihanor dari Sabah dan pemain Negeri Sembilan Wan Syahmi Razin yang melakukan 1,269 dan 1,257 jatuhan pin, masingmasi­ng memenangi pingat perak dan gangsa.

Acara double yang akan berlangsun­g esok, menawarkan empat pingat emas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia