Utusan Borneo (Sarawak)

Federer, Nadal menghampir­i pertembung­an di final

-

LONDON, England: Juara bertahan, Roger Federer dan Rafael Nadal, semakin menghampir­i pertemuan di final selepas masing-masing melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan Wimbledon Isnin lepas.

Federer, juara lapan kali kejohanan, memerlukan hanya 16 minit untuk memenangi set pertama ketika menewaskan Adrian Mannarino dari Perancis 6-0, 7-5 dan 6-4 dan melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan buat kali ke-16.

Nadal, pemain ranking nombor satu dunia yang juga juara dua kali di sini, melangkah ke peringkat suku akhir yang pertama beliau di sini sejak 2011 (ketika muncul naib juara) – menewaskan Jiri Vesely dari Republik Czech 6-3, 6-3 dan 6-4.

Federer akan bermain perlawanan suku akhir ke-53 beliau pada kejohanan Grand Slam di mana beliau akan menentang pilihan kelapan dari Afrika Selatan, Kevin Anderson.

Federer, pilihan pertama kejohanan, sekarang sudah menang 32 kali berturuttu­rut di Wimbledon, hanya kurang dua kemenangan dari rekod yang beliau sendiri cipta dari pusingan ketiga pada 2005 hingga 2006.

Federer mempunyai rekod pertemuan 4-0 menentang Anderson, yang melangkah ke peringkat suku akhir pertama beliau di sini selepas menewaskan Gael Monfils dari Perancis 7-6(7/4), 76(7/2), 5-7 dan 7-6(7/4).

Anderson adalah pemain Afrika Selatan pertama melangkah ke suku akhir di Wimbledon sejak Wayne Ferreira pada 1994.

Nadal, seperti Federer yang belum tewas satu set, melangkah ke peringkat suku akhir untuk kali ke-35 pada kejohanan peringkat Grand Slam.

“Ia satu kemenangan yang penting kerana sejak 2011, saya gagal layak ke suku akhir di sini,” kata Nadal.

Di suku akhir, Nadal akan menentang asma ada Juan Martin del Potro, pilihan kelima dari Argentina atau pemain bukan pilihan dari Perancis, Gilles Simon.

Del Potro mendahului 7-6 (7/1), 7-6 (7/5) dan 5-7 apabila perlawanan dihentikan kerana terlalu gelap.

Novak Djokovic juga melangkah ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Karen Khachanov dari Rusia 6-4, 6-2 dan 6-2.

Djokovic, juara tiga kali yang diletakkan sebagai pilihan ke-12, akan menentang pilihan ke-24 dari Jepun, Kei Nishikori.

Ia adalah penampilan ke14 Djokovic di peringkat suku akhir kejohanan Grand Slam dan beliau pastinya diletakkan sebagai pilihan apabila menentang Nishikori, yang membuat penampilan sulung di peringkat suku akhir di sini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia