Utusan Borneo (Sarawak)

Samariang muncul juara Kejohanan Tenis Piala Fadillah

-

KUCHING: Pasukan N7 (Samariang) muncul juara Kejohanan Tenis Piala Datuk Seri Fadillah Yusof Edisi Kelapan diadakan di Persatuan Tenis Bumiputeta Sarawak (PTBS) pada Ahad lalu.

Ini berikutan kejayaan menewaskan N8 (Satok) dengan 3-2 mata pada perlawanan akhir berlangsun­g sengit.

Kemenangan itu membole- hkan N7 (Samariang) menggondol wang tunai berjumlah RM1,800 manakala N8 membawa pulang wang tunai RM1,600.

Sementara itu, PTBS B menewaskan P194 juga dengan 3-2 untuk muncul pemenang tempat ketiga.

PTBS A pula menduduki tempat kelima selepas menundukka­n pemenang tempat keenam, N6 (Tupong) dengan mata 4-1.

Seramai 60 peserta menyertai kejohanan diadakan selama tiga hari bermula dejak Jumaat.

Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan penutupan kejohanan tersebut.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Sementara itu, PTBS akan menganjurk­an Pertanding­an Jemputan Ulang Tahun Ke- 40 PTBS dijadualka­n berlangsun­g dari 21 hingga 23 Julai ini.

Sejumlah 12 pasukan telah mengesahka­n penyertaan termasuk dua wakil dari Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? PEMENANG: Fadillah (enam kanan) bersama jawatankua­sa penganjur dan peserta kejohanan tersebut.
PEMENANG: Fadillah (enam kanan) bersama jawatankua­sa penganjur dan peserta kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia