Utusan Borneo (Sarawak)

Landas julang Piala Sumbangsih 2018

-

MIRI: Sebanyak tujuh pasukan berentap pada Kejohanan Liga Super Miri 2018 yang menyingkap tirainya dengan pembukaan Piala Sumbangsih 2018 di sini Sabtu lalu.

Perlawanan menyaksika­n Landas menang tipis ke atas Perdana FC dengan 1-0 dan perlawanan berlangsun­g di Padang Kelab Rekreasi Petroliam Lutong.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan mencari gol pendahulua­n namun jaringan hadir pada separuh masa kedua menerusi pemain Landas, Mohd Shafarisma­n Anuar pada minit ke-60.

Keputusan itu berlarutan sehingga tamat permainan menyaksika­n Landas membawa pulang Piala Sumbangsih.

Kejohanan Liga Super Miri 2018 adalah anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (PBM) bagi mencari dan mengenal pasti pe- main-pemain berkeboleh­an bermain pada kempen Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) dan sebagainya.

Sepak mula kejohanan disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo dan ditemani Presiden PBM, Mohd Saif Jubaidi.

Tujuh pasukan memulakan persaingan ialah Landas, Perdanaku FC, Permy Galaxy, OUFC, IPD Miri, Bomba dan Pusat Pembanguna­n Majlis Sukan Negeri Sarawak.

 ??  ?? JUARA SUMBANGSIH: Pemain Landas menjuarai Piala Sumbangsih 2018 sekali gus menyikap tirai Kejohanan Liga Super Miri 2018, Sabtu lalu.
JUARA SUMBANGSIH: Pemain Landas menjuarai Piala Sumbangsih 2018 sekali gus menyikap tirai Kejohanan Liga Super Miri 2018, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia