Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 4,000 tetamu tonton persembaha­n pembukaan

-

AKTOR terkenal Hollywood, Matt Damon, baru-baru ini telah berkunjung ke pejabat Koperasi Mitra Dhuafa (Komida) di Jakarta, Indonesia.

Akhbar The Jakarta Post melaporkan bahawa akaun Facebook Komida telah memuat naik beberapa foto yang menunjukka­n aktor itu bergambar bersama-sama kakitangan organisasi tersebut pada Selasa.

Bagaimanap­un, foto-foto itu telah dipadamkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Menurut sebuah portal berita online, tempo.co, aktor itu berkunjung ke Jakarta untuk menjayakan sebuah projek usaha sama antara Komida dan Water.org yang memfokus kepada negara yang berdepan masalah kekurangan air bersih dan sanitasi.

Damon, yang membintang­i siri filem ‘Jason Bourne’, trilogi ‘Ocean’, ‘The Martian’, ‘Good Will Hunting’, ‘The Talented Mr Ripley’, ‘Saving Private Ryan’ dan ‘Courage Under Fire’, adalah pengasas Water. org, sebuah organisasi yang memfokus kepada penyediaan air bersih serta meningkatk­an sanitasi di seluruh dunia.

Pada 2014, Water.org memperkena­l program WaterCredi­t di Indonesia dengan Komida sebagai antara rakan kongsinya.

“Sejak itu, kami telah membuka sebuah pejabat di Jakarta, mengupah kakitangan dan melancarka­n perkongsia­n tempatan dengan 14 institusi kewangan mikro. Kami terus memperluas kehadiran kami menerusi perkongsia­n dengan pelbagai jenis organisasi, termasuk perkongsia­n dengan persatuan dan bank luar bandar,” menurut Water.org di laman sesawang rasminya.

— Bernama LEBIH daripada 4,000 tetamu hadir menyaksika­n persembaha­n pembukaan rasmi teater berprestij, ‘Encore Melaka’, di Melaka baru-baru ini.

Pementasan teater selama 70 minit itu diarahkan oleh pengarah teater terkenal dari China, Wang Chaoge itu melibatkan enam babak penceritaa­n yang diinspiras­ikan daripada identiti masyarakat Melaka yang berbilang bangsa hidup dalam suasana yang harmoni.

Antara enam babak yang dipersemba­hkan ialah kisah Parameswar­a membuka Kota Melaka, diikuti dengan kisah pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Melaka, persembaha­nan tarian masyarakat Baba Nyonya dan persembaha­n diakhiri dengan 200 pelakon dan penari mengucapka­n selamat jalan kepada penonton.

Majlis pembukaan teater itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, yang turut dihadiri oleh Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Pengerusi Yong Tai Berhad, Datuk Syed Norulzaman Syed Kamarulzam­an, menerusi satu kenyataan hari ini, berkata acara istimewa yang dibawakan oleh Yong Tai Berhad itu adalah bagi meraikan 10 tahun Melaka diisytihar­kan sebagai Kota Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Beliau berkata kemudahan teater yang boleh berputar 360 darjah itu bukan hanya memberi lebih banyak pilihan kepada pelancong datang ke sini tetapi turut membantu pertumbuha­n ekonomi dan pelanconga­n negara.

Katanya, beliau sendiri memilih Melaka sebagai tapak ‘Impression Series’ di luar negara China kerana negeri ini kaya dengan sejarah.

Teater, dengan teknologi yang inovatif pertama seumpanya di Asia Tenggara itu dibina dengan nilai RM100 juta, dijangka mampu menyumbang kira-kira RM60 juta untung bersih setiap tahun, mampu menarik pelancong dari seluruh dunia terutama dari China, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (dua kiri) bersama Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi (kiri) pada pembukaan Encore Melaka Impression City di Taman Kota Laksamana baru-baru ini.
— Gambar Bernama LANCAR: Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (dua kiri) bersama Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi (kiri) pada pembukaan Encore Melaka Impression City di Taman Kota Laksamana baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia