Utusan Borneo (Sarawak)

Evolusi Channel W papar rancangan tv yang lebih segar secara langsung

-

PENJENAMAA­N semula Capital TV kepada Channel W memaparkan lebih banyak program menarik yang lebih segar dan terkini, disiarkan secara langsung menerusi unifi TV tanpa bayaran tambahan di saluran 634.

Selain segmen dunia perniagaan, program lain yang disiarkan adalah topik berkisarka­n perbincang­an, sosial, politik, hiburan dan aktiviti kebajikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Channel W, N Azman Yusof berkata syarikat berkenaan mendapat lesen penyiaran sebagai stesen tv daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia pada Mac lalu dan turut akan bersiaran di platform baharu bersama MYTV Broadcasti­ng Sdn Bhd.

“Kami sudah mulakan perbincang­an dengan syarikat MYTV untuk meluaskan penyiaran Channel W di platform televisyen terestrial digital (DDTV).

“Kami bercadang untuk melakukan siaran ujian bersama MYTV dalam masa terdekat, dijangka hujung bulan ini,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Channel W yang dirasmikan Pengerusi Online Dynamics Datuk Kapten Ahmad Sufian Abu Bakar, di Kuala Lumpur kelmarin.

Oneline Dynamics ialah syarikat yang bertanggun­gjawab mengendali­kan Channel W.

Beliau berkata penonton stesen tv itu dijangka akan meningkatk­an jumlah penonton memandangk­an unifi TV mempunyai kira-kira satu juta pelanggan setakat ini.

Stesen tv itu turut menjadi antara platform utama untuk mempromosi filem dan drama tempatan dengan kerjasama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dalam usaha merancakka­n industri seni negara.

Menurut laman web rasmi Chanel W, rangkaian itu bermula Januari 2018, disiarkan secara langsung melalui siaran TV dan online dari pukul 5 petang hingga 11 malam, setiap hari isnin hingga Jumaat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia