Utusan Borneo (Sarawak)

Ketentuan takdir dalam filem lakonan Ashton Kutcher di TV2

-

KITA tidak boleh mengubah takdir kita. Jika kita cuba merubah salah satu kejadian pada masa lalu bererti kita cuba mengubah semua yang terjadi mahupun orangorang di sekeliling kita baik pada masa lalu mahupun masa sekarang.

Mengangkat kisah ketentuan takdir, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem lakonan mantap aktor Ashton Kutcher, Melora Walters, Amy Smart, Elden Henson dan William Lee Scott dalam sebuah filem bertajuk ‘The Butterfly Effect’ yang akan disiarkan pada 17 Julai ini, jam 9.30 malam di TV2.

Ia mengisahka­n tentang seorang pemuda yang memiliki kelebihan bernama Evan.

Kelainan itu kerana dia memiliki penyakit memori jangka pendek.

Dia hanya mampu mengingat sesuatu perkara hanya dalam tempoh waktu yang singkat saja dan kemudian dia akan melupakan semuanya.

Penyakit memori jangka pendek itu diwarisi oleh Evan dari ayahnya. Ini kerana ayahnya juga memiliki penyakit tersebut.

Namun ternyata penyakit tersebut membuat ibu Evan menjadi bimbang. Dia takut Evan juga akan ditimpa malang seperti ayahnya yang dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa.

Evan menyedari kehilangan ayahnya selama ini kerana telah disahkan menghidap sakit jiwa. Ibu Evan kemudianny­a memutuskan menghantar anaknya itu berjumpa pakar psikiatri.

Ibu Evan penuh berpenghar­apan agar anaknya dapat disembuhka­n dan tidak mengikut jejak ayahnya.

Pakar psikiatri tersebut menasihati Evan agar menulis segala kegiatan yang dilakukan setiap hari dalam sebuah diari dengan harapan Evan akan tidak lupa dengan semua kejadian yang berlaku setiap hari.

Tujuh tahun telah berlalu dan Evan telah melanjutka­n pelajaran di pusat pengajian tinggi.

Penyakit memori jangka pendeknya juga sudah sembuh secara perlahanla­han. Hingga kemudian Evan membuka kembali buku diari miliknya.

Dia pun mula mengingati masa lalu yang telah dilaluinya. Hingga kemudianny­a Evan sampai di muka surat kosong di buku diari tersebut.

Evan pun mula mengingati tentang kenangan apa yang dialami tetapi tidak ditulis dalam buku diari tersebut.

Disebabkan payah untuk mengingat akhirnya Evan memutuskan untuk kembali ke tempat masa kecilnya dulu.

Di sana dia pun menemui sahabat-sahabat lamanya.

Di sanalah dia kemudian mengingat kenangan yang ia alami ketika masih kecil dan ia biarkan kosong di buku diarinya.

Ternyata kenangan tersebut adalah kenangan pahit. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia