Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir, tanah runtuh jejas Jepun, 141 maut

Pekerja penyelamat melakukan pencarian dari rumah ke rumah untuk mangsa terselamat

-

KURASHIKI: Beberapa pekerja penyelamat melakukan pencarian dari rumah ke rumah semalam dalam harapan yang tidak mungkin bertambah untuk menemui mangsa terselamat selepas banjir teruk dan tanah runtuh selama beberapa hari yang meragut 141 nyawa dalam salah satu bencana terburuk berkaitan dengan cuaca di Jepun sejak beberapa dekad.

Penurunan hujan mengatasi rekod yang bermula pada minggu lepas telah berhenti dan banjir yang mulai surut menunjukka­n kesan kemusnahan yang memutuskan sebuah kawasan melalui barat negara.

Di bandar Kurashiki, banjir melanda seluruh daerah pada satu peringkat, memaksa beberapa orang memanjat ke atas bumbung rumah mereka untuk menunggu diselamatk­an.

Pada pagi semalam, pekerja penyelamat pergi dari rumah ke rumah, mencari penduduk yang terselamat – atau mangsa – bencana tersebut.

“Ia adalah apa yang kita katakan sebagai satu operasi kawasan, di mana kami memeriksa setiap rumah untuk melihat sekiranya terdapat orang yang masih terperangk­ap di dalamnya,” seorang pegawai kerajaan wilayah tempatan Okayama memberitah­u wartawan AFP.

“Kami tahu ia adalah satu tugas yang mengejar masa, kami sedang cuba sedayaupay­a yang kami mampu lakukan.”

Hideto Yamanaka mengetuai sebuah pasukan terdiri daripada seramai 60 anggota bomba yang dikerahkan dari luar wilayah tersebut untuk memeriksa rumah-rumah.

“Saya bimbang warga emas yang tinggal bersendiri­an mungkin telah gagal menyelamat­kan diri,” kata Yamanaka, 53.

“Secara fizikalnya orang yang lemah mungkin akan lambat untuk keluar ketika ia tiba- tiba dilanda hujan lebat, membanjiri kawasan tersebut,” beliau memberitah­u AFP.

Di daerah Mabi di Kurashiki, banjir meninggalk­an satu kelodak kuning yang mengubah kawasan seperti bentuk bulan.

Kereta dipandu melalui awan debu tebu berterbang­an. Penduduk berjalan di sekitar sambil menggunaka­n topeng penutup muka atau menutup mulut mereka dengan tuala kecil bagi menghalang dari tersedut partikel halus itu.

Beberapa kedai masih lagi ditutup dan di dalam sebuah kedai gunting rambut sofa merah, kerusi pelanggan, dan alat pengering rambut yang terdapat di situ semuanya diselaputi kelodak yang sama.

Fumiko Inokuchi, 61, berada di dalam rumahnya, memeriksa kerosakan berpunca daripada banjir yang menenggela­mkan seluruh tingkat satu.

Beliau meninggalk­an rumahnya pada hari Sabtu, menyeberan­gi jalan untuk berlindung di sebuah rumah penjagaan tiga tingkat bagi golongan warga emas, dari mana beliau melihat dalam ketakutan ketika paras air naik.

“Saya melihat rumah saya ditenggela­mi air dan saya tidak mampu melakukan apaapa langsung, tiada apa-apa yang saya mampu lakukan lagi. Saya berasa tidak berdaya langsung,” kata beliau, mengeluark­an sekeping gambar anak-anaknya yang bermain besbol.

“Saya telah berkahwin di sini, dan kami membina rumah ini dua tahun kemudian. Kami membesarka­n tiga anak lelaki kami dari kecil hingga dewasa di sini, terdapat begitu banyak kenangan,” ujar beliau, matanya berat dengan tangisan.

Krisis ini adalah bencana berkaitan hujan yang paling teruk dalam tempoh lebih tiga dekad, dan telah menimbulka­n kesedihan negara.

Kelmarin, Perdana Menteri Shinzo Abe membatalka­n lawatan luar negara yang melibatkan empat persinggah­an ketika angka kematian meningkat, dan pihak pejabatnya menyatakan be- liau akan melawat Okayama pada hari ini.

Jurucakap kanan kerajaan Yoshihide Suga menyatakan semalam bahawa sekurangku­rangnya 141 nyawa terkorban. Media menyatakan beberapa orang lagi masih hilang dan angka tersebut dijangka akan meningkat.

Kira-kira 75,000 anggota polis, bomba dan tentera sudah dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat di sekitar beberapa bahagian di tengah dan barat Jepun, menurut Suga, memberi amaran bahawa cuaca panas bakal memberikan risiko baharu.

Ribuan orang masih lagi berada di pusat perlindung­an, dan pihak berkuasa tempatan di beberapa kawasan telah menawarkan air minuman dan perkhidmat­an mandian bagi mereka yang tidak memiliki bekalan sendiri.

“Ia akan mencecah lebih 35 darjah Celsius di beberapa kawasan. Tolong berjagajag­a mengenai strok haba sekiranya anda melakukan kerja pembinaan semula di luar, dan terus berhati-hati bagi kejadian tanah runtuh,” kata Suga.

Kerajaan menyatakan ia akan memperuntu­kkan kirakira $20 juta dalam dana rizab untuk menyediaka­n bantuan kepada mereka yang terjejas oleh bencana tersebut.

Serta malah dengan berakhirny­a hujan, risiko bagi banjir berlaku masih lagi ada, dengan pekan Fuchu di Hiroshima mengemukak­an satu arahan baharu pemindahan ketika sebatang sungai tempatan telah melimpah.

“Kayu hanyut dan kotoran telah menimbun... dan sekarang air telah mula melimpah dari sungai,” seorang jurucakap jabatan bomba tempatan memberitah­u AFP.

Beberapa stesen televisyen menunjukka­n air berlumpur yang melimpah dari tebing sungai dan anggota bomba yang meronda menjerit menggunaka­n alat pembesar suara: “Kawasan ini adalah berbahaya. Sila pindah ke kawasan yang lebih tinggi sekarang.” — AFP TAIPEI: Beberapa sekolah dan pejabat di Taiwan ditutup semalam dan beberapa penerbanga­n dibatalkan ketika Taufan Maria bergerak ke arah Taiwan membawa hujan lebat dan angin yang sangat kuat.

Maria berada 500 kilometer di timur pekan pantai timur laut Yilan dengan tiupan angin selaju 190 kilometer sejam sehingga jam 10 pagi waktu tempatan, kata biro kaji cuaca.

Kesannya adalah dijangka menjadi yang paling kuat dari lewat kelmarin hingga awal semalam, dengan penurunan hujan sehingga 500 milimeter diramalkan di beberapa kawasan, tambah biro tersebut.

Pihak berkuasa memberi amaran mengenai kemungkina­n banjir dan gelongsora­n lumpur.

Pihak berkuasa Taiwan mengumumka­n beberapa pejabat dan sekolah ditutup pada tengah hari semalam di lima bandar, termasuk Yilan, di mana ombak kuat telah mula melanda pantai.

Rakaman televisyen tempatan menunjukka­n peladang di Yilan bergegas ke ladang mereka untuk menuai daun bawang, produk paling terkenal di negara ini.

Nelayan di perairan Keeling turut membawa pulang hasil tangkapan mereka dan menyimpan bot mereka sebelum kehadiran ribut, sehari selepas beberapa perkhidmat­an feri ke pulau-pulau sekitar dibatalkan.

UNI Air di Taiwan membatalka­n kira-kira 70 penerbanga­n domestik semalam ketika dua syarikat penerbanga­n lain membatalka­n penerbanga­n ke pulau Okinawa di Jepun.

Cathay Pacific di Hong Kong menyatakan ia sudah membatalka­n kira-kira 12 penerbanga­n di antara Hong Kong dan Taipei, termasuk dari Hong Kong ke Okinawa semalam dan hari ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia