Utusan Borneo (Sarawak)

Buaya 600kg ditangkap selepas lapan tahun diburu

-

SYDNEY: Seekor buaya air masin yang sukar ditemui seberat 600 kilogram akhirnya berjaya ditangkap selepas pemburuan selama lapan tahun di Australia, kata pihak berkuasa semalam.

Haiwan sepanjang 4.7 meter itu ditemui dalam sebuah perangkap mengikut aliran sungai dari pekan pedalaman utara Katherine selepas dikesan kali pertama pada 2010.

Pihak berkuasa telah mencuba selama beberapa tahun untuk menangkap buaya tersebut, yang dianggarka­n berusia 60 tahun.

“Kami telah menggelar ia dengan bermacamma­cam perkara sepanjang beberapa tahun kerana ia adalah sangat sukar untuk menangkapn­ya,” pegawai kanan hidupan liar John Burke memberitah­u badan penyiaran ABC.

Haiwan itu telah dibawa ke sebuah ladang buaya untuk memisahkan ia daripada populasi penduduk tempatan, kata ketua operasi hidupan liar Northern Territory Tracey Duldig.

“Ia adalah buaya paling besar yang pernah dipindahka­n dari Sungai Katherine oleh Unit Operasi Hidupan Liar,” kata Duldig dalam satu kenyataan.

Buaya air masin adalah paparan biasa di bahagian utara tropika Australia dan membunuh kira-kira dua orang dalam setahun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERJAYA DITANGKAP: Gambar dirakam kelmarin dan diserahkan semalam oleh Taman dan Hidupan Liar Northern Territory menunjukka­n buaya air masin seberat 600 kilogram yang berjaya ditangkap selepas pemburuan selama lapan tahun di bandar Katherine, Northern...
— Gambar AFP BERJAYA DITANGKAP: Gambar dirakam kelmarin dan diserahkan semalam oleh Taman dan Hidupan Liar Northern Territory menunjukka­n buaya air masin seberat 600 kilogram yang berjaya ditangkap selepas pemburuan selama lapan tahun di bandar Katherine, Northern...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia