Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelamat Thai lancar misi lebih mencabar Yang terakhir untuk lima lagi selepas lapan diselamat dalam dua operasi selama dua hari berturut-turut

-

CHIANG RAI: Lapan budak lelaki pertama yang diselamatk­an dari sebuah kompleks gua Thai berada dalam keadaan kesihatan yang baik pada keseluruha­nnya dan ada yang meminta roti coklat untuk sarapan, kata pegawai semalam manakala penyelamat memulakan misi terakhir yang ketiga dan lebih mencabar untuk membebaska­n lima lagi yang masih tinggal.

“Buat masa sekarang, tiada keadaan yang membimbang­kan, semua orang selamat,” kata setiausaha tetap kementeria­n kesihatan Thailand, Jesada Chokdamron­gsuk, kepada pemberita.

Dua budak terbabit disyaki mengalami jangkitan paruparu tetapi keempat-empat budak daripada kumpulan pertama yang diselamatk­an berjalan di sekeliling katil mereka di hospital.

“Budak-budak itu pemain bola sepak, kuat dan mempunyai imuniti tinggi,” kata Jesada apabila ditanya kenapa mereka dapat terus hidup begitu lama.

Budak-budak itu mempunyai selera yang baik tetapi amnya diberi makanan tidak ada rasa yang mudah dihadam. Bagaimanap­un doktor kemudian akur setelah beberapa budak meminta roti dengan perisa coklat.

Mereka masih dikuaranti­n daripada ibu bapa mereka kerana risiko jangkitan dan kemungkina­n akan ditahan di hospital selama seminggu untuk menjalani ujian, kata pegawai.

Empat lagi budak dibawa keluar dengan usungan dari gua Tham Luang dekat sempadan Myanmar pada waktu senja kelmarin, menjadikan lapan jumlah yang sudah dibawa keluar setakat ini selepas dua usaha menyelamat selama dua hari berturuttu­rut.

Ketua operasi Narongsak Osottanako­rn berkata operasi terakhir dijangka “lebih mencabar” kerana lebihan seorang mangsa selamat akan dibawa keluar berbanding dalam dua operasi sebelum ini, bersama tiga anggota SEAL Tentera Laut yang mengiringi mereka.

Penyelamat belajar daripada pengalaman dan dua jam lebih cepat ketika membawa keluar kumpulan mangsa selamat kedua kelmarin.

Bagaimanap­un hujan monsun yang bertaburan masih berisiko menyerapi dinding gua batu kapur untuk memenuhi terowong dengan air.

“Saya harap hari ini kita lebih laju atau selaju semalam,” kata Narongsak.

Sepasukan penyelam asing dan anggota SEAL Tentera Laut Thai membimbing budak- budak berkenaan dalam operasi selama sembilan jam menerusi saluran gelap- gelita yang kadangkada­ng ditenggela­mi air hampir sepanjang 4 kilometer dari mana mereka telah terperangk­ap selama lebih dua minggu.

Rakyat di seluruh Thailand menyorak operasi menyelamat itu, termasuk di sekolah Mae Sai Prasitsart di mana enam daripada budak-budak yang terperangk­ap adalah pelajar.

“Saya sangat gembira mengenai mereka yang sudah berjaya keluar dan saya rasa semua orang akan keluar pada hari ini,” kata Waranchit Karnkaew, 14, yang turut menyatakan budakbudak yang gila bola itu telah mengikuti perlawanan di Piala Dunia di Rusia sebelum mereka terperangk­ap.

“Saya mahu membawa rakan- rakan saya makan tengah hari dan kami akan bermain bola sepak bersama,” katanya kepada Reuters.

Badan bola sepak dunia FIFA telah menjemput budak- budak terbabit ke perlawanan akhir Piala Dunia di Moscow pada Ahad akan datang.

Ini dijangka tidak mungkin memandangk­an budak-budak terbabit perlu menjalani ujian lanjut.

Nasib budak terbabit dan jurulatih mereka telah menarik perhatian antarabang­sa sejak mereka terperangk­ap apabila mereka memasuki gua selepas latihan bola sepak pada 23 Jun lalu.

Penyelam, jurutera, medik dan lain-lain telah tiba dari seluruh dunia untuk memberi bantuan.

Bilionair teknologi Elon Musk memasuki gua berkenaan kelmarin dan meninggalk­an sebuah kapal selam “saiz budak” yang telah dibuat oleh syarikatny­a SpaceX, kata Menteri Dalam Negeri Thailand Anupong Paochinda.

Perdana Menteri Prayuth Chan- ocha melawat gua berkenaan untuk memeriksa operasi dan dipetik oleh Narongsak sebagai berkata beliau tidak mahu melihat insiden seperti ini berlaku lagi di bumi Thai. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? MISI BERJAYA: Anggota pasukan keselamata­n menggunaka­n payung untuk menutup pemandanga­n di sekitar sebuah usungan berhampira­n helikopter dan ambulans di lapangan terbang tentera di wilayah Chiang Rai, Thailand kelmarin.
— Gambar AFP MISI BERJAYA: Anggota pasukan keselamata­n menggunaka­n payung untuk menutup pemandanga­n di sekitar sebuah usungan berhampira­n helikopter dan ambulans di lapangan terbang tentera di wilayah Chiang Rai, Thailand kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? TUNJUK PRIHATIN: Prayuth (kiri) menenangka­n ahli keluarga kepada salah seorang mangsa, yang maut selepas sebuah bot pelancong karam, di hospital di Phuket kelmarin.
— Gambar Reuters TUNJUK PRIHATIN: Prayuth (kiri) menenangka­n ahli keluarga kepada salah seorang mangsa, yang maut selepas sebuah bot pelancong karam, di hospital di Phuket kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia