Utusan Borneo (Sarawak)

Namun Singapura sedia maklum apa yang Malaysia mahu lakukan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia masih belum menyerahka­n notis atau makluman penuh kepada Singapura berhubung keputusann­ya bagi projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Merujuk kepada kerajaan Singapura, kita masih belum menyerahka­n sebarang notis penuh (kepada mereka). Namun mereka sedia maklum apa yang kita mahu lakukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pengangkut­an Singapura Khaw Boon Wan kelmarin bahawa Singapura masih menunggu jawapan balas rasmi daripada Malaysia berhubung pembatalan projek mega berkenaan.

Republik berkenaan pada 1 Jun lepas, telah meminta kerajaan Malaysia, menerusi saluran diplomatik untuk mengesahka­n pendiriann­ya terhadap projek tersebut.

Dr Mahathir yang menyambut ulang tahunnya yang ke93 semalam, menjelaska­n kerajaan juga perlu berhati-hati apabila membuat sebarang keputusan bagi mengelak reaksi negatif pasaran.

“Satu-satu keputusan itu bukannya mudah untuk diambil. Apabila kita membuat keputusan dan mengumumka­nnya, pasaran memberi reaksi negatif. Mereka (pelabur) lebih suka dimaklumka­n dengan pembohon- gan bahawa semua berkeadaan baik supaya mereka dapat memberi penilaian yang bagus terhadap anda.

“Namun, apabila anda memaklumka­n pendedahan atau penemuan kita membabitka­n salah laku atau penyelewen­gan, mereka memberi reaksi dengan keluar ( daripada pasaran) bersama wang serta menghentik­an pelaburan,” katanya.

Malah, tegas Dr Mahathir, apa yang diusahakan kerajaan adalah semata-mata untuk memastikan aspek kewangan negara ini diuruskan dengan betul.

Dalam pada itu, Khaw dilaporkan berkata tindakan Singapura adalah berdasarka­n perjanjian dua hala HSR yang dimeterai pada Disember 2016 dan republik itu juga telah menanggung kos yang lebih banyak.

Pada bulan lepas, Singapura menanggung lebih daripada S$6 juta (S$1=RM2.96) bagi projek tersebut dan beliau menjangkak­an jumlah sama akan turut ditanggung pada bulan ini.

“Kos yang ditanggung itu akan hanya menambah kepada jumlah pampasan (yang perlu dibayar). Oleh itu, adalah menjadi kepentinga­n di pihak Malaysia sendiri untuk memaklumka­n secara rasmi dan seawal mungkin kepada kita berhubung pendiriann­ya terhadap projek HSR bagi meminimumk­an jumlah tersebut,” katanya.

Berdasarka­n anggaran awal, republik itu telah membelanja­kan lebih S$250 juta terhadap projek itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JALIN KERJASAMA: Amirudin (tengah) pada majlis penyerahan MoU antara Bank Rakyat bersama UMP, AKATI Consulting (M) Sdn Bhd, Admal Aviation College dan KPTM sempena Majlis Usahasama untuk Pembiayaan Pendidikan-i di Menara Bank Rakyat di Kuala Lumpur,...
— Gambar Bernama JALIN KERJASAMA: Amirudin (tengah) pada majlis penyerahan MoU antara Bank Rakyat bersama UMP, AKATI Consulting (M) Sdn Bhd, Admal Aviation College dan KPTM sempena Majlis Usahasama untuk Pembiayaan Pendidikan-i di Menara Bank Rakyat di Kuala Lumpur,...
 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT ANDA: Kamaruzzam­an (tengah) menerima cenderahat­i daripada Tan Siam Weng (kiri) sambil diperhatik­an Abdul Hak ketika Majlis Penamaan dan Penyerahan Bot Pengangkut M.V Nautica Gambir dan M.V Nautica Langsat di Dundee Marine Ship Yard di Singapura,...
— Gambar Bernama BUAT ANDA: Kamaruzzam­an (tengah) menerima cenderahat­i daripada Tan Siam Weng (kiri) sambil diperhatik­an Abdul Hak ketika Majlis Penamaan dan Penyerahan Bot Pengangkut M.V Nautica Gambir dan M.V Nautica Langsat di Dundee Marine Ship Yard di Singapura,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia