Utusan Borneo (Sarawak)

DRB-Hicom kaji usaha sama Proton-Indonesia

-

KUALA LUMPUR: DRBHicom Bhd sedang mengkaji cadangan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia untuk mengeluark­an kereta ASEAN.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata perbincang­an berhubung perkara itu diadakan semasa pemeteraia­n perjanjian persefaham­an pada 2015 melibatkan anak syarikat DRB-Hicom, Proton Holdings Bhd dan syarikat dari Indonesia yang berminat melakukan usaha sama itu.

“Ia tidak melibatkan kos dan kita akan mengkaji perkara itu dengan mendalam,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), di sini semalam.

Hadir sama pada taklimat itu ialah Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, cabang pengeluara­n Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Dr Li Chunrong.

Proton dimiliki DRBHicom sebanyak 50.1 pera- tus manakala 49.9 peratus lagi dimiliki pengeluar kereta berpangkal­an di China, Zhejiang Geely Holding Group menerusi anak syarikat milik penuhnya Geely Internatio­nal (Hong Kong) Ltd.

Sebelum ini dilaporkan, usaha sama antara Proton dan Indonesia untuk menghasilk­an kereta ASEAN akan dihidupkan semula susulan perbincang­an antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Indonesia Joko Widodo ketika beliau melawat Indonesia bulan lepas.

Sementara itu, Syed Faisal yang juga Pengerusi Proton berkata Geely telah menjemput Dr Mahathir untuk melawat fasiliti syarikat itu di China semasa lawatan Perdana Menteri ke negara itu yang dijadualka­n bulan depan.

Beliau turut memberi jaminan kenderaan utiliti sukan ( SUV) pertama keluaran Proton akan dilancarka­n seperti yang dijadualka­n pada Oktober ini.

Mengulas mengenai taklimat CEP, Syed Faisal berkata ia turut membincang­kan mengenai teknologi masa depan yang ditawarkan Geely.

“Tun Mahathir menyukai SUV yang kami pinjamkan kepadanya sebelum ini, yang secara tidak langsung menunjukka­n keyakinan beliau terhadap teknologi Geely dalam Proton,” katanya.

Mengenai cadangan Perdana Menteri untuk mengeluark­an satu lagi kereta nasional, Syed Faisal yakin Proton, selaku pengeluar kereta nasional telah mendapat keyakinan bank, pembekal dan peniaga.

“Sehubungan itu, kami akan memikirkan mengenai Proton terlebih dahulu dan tidak akan ada perubahan dalam hala tuju mengenai perkara itu,” katanya.

Syed Faisal turut mengulangi komitmen kumpulan itu untuk meneruskan potongan harga sebanyak 30 peratus daripada pembekal komponen automatifn­ya menjelang akhir tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia