Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar raya Country Grocers dibuka esok

-

MIRI: Pasar raya Country Grocers akan memulakan operasi perniagaan­nya esok, 12 Julai.

Pada sidang media semalam, ketua eksekutifn­ya David Kong berkata, selain memberi pengalaman beli-belah berbeza kepada warga Miri, pasar raya tersebut menawarkan pelbagai barangan import seperti biskut, bijirin, buah- buahan, sayur- sayuran, keju, makanan laut, daging, sos dan sebagainya yang diimport dari negara-negara seperti Jepun dan United Kingdom.

Pasar raya baharu ini terletak di medan makan Taman Selera dekat pantai Tanjong Lobang di sini.

Ujar Kong lagi, untuk memberi pengguna lebih banyak pilihan, pasar raya tersebut juga memesan secara terus daripada petani dan pembekal tempatan untuk produk-produk seperti ikan serta udang, buah-buahan tempatan, sayur- sayuran, ayam dan daging.

Pada masa sama, ia juga menjual semua jenis keperluan harian dengan harga yang berpatutan, tambah beliau.

Dalam pasar raya tersebut akan terdapat kedai Deli Corner yang menyediaka­n kek, roti dan produk bakeri.

Selain itu, terdapat juga satu ruang khas yang dinamakan ‘Shojikiya Store’ yang mengkhusus dalam ramen (atau mi segera Jepun).

Pada 8 Mei lepas, Country Grocers telah membuka premis baharunya di Swan Square, Jalan Ling Kai Cheng di Sibu.

 ??  ?? PELBAGAI PRODUK: Country Grocers bakal dibuka esok di medan makan Taman Selera dekat pantai Tanjong Lobang di Miri.
PELBAGAI PRODUK: Country Grocers bakal dibuka esok di medan makan Taman Selera dekat pantai Tanjong Lobang di Miri.
 ??  ?? SEMUA ADA: Country Grocers penuh dengan produk makanan dan keperluan seharian.
SEMUA ADA: Country Grocers penuh dengan produk makanan dan keperluan seharian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia