Utusan Borneo (Sarawak)

IKS perlu mula bangunkan produk, perkhidmat­an bagi Industri 4.0: MTDC

-

KOTA KINABALU: Industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan perlu memulakan pembanguna­n produk dan perkhidmat­an bagi revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) supaya kekal relevan dalam pasaran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC), Datuk Norhalim Yunus.

Beliau berkata, dengan Industri 4.0 semakin diterapkan di Malaysia, penggunaan automasi dan kecanggiha­n teknologi akan menghapusk­an pembaziran selain mendorong kos menjadi lebih rendah, meningkatk­an jumlah pelanggan dan mengupayak­an daya saing.

“Peranan MTDC adalah mengenal pasti dan menyedi- akan platform untuk syarikat IKS menyertai Industri 4.0.

“MTDC juga menyediaka­n khidmat sokongan bersepadu, termasuk khidmat nasihat seperti bimbingan, pinjaman mudah, penjenamaa­n, pengumpula­n dana, kerjasama antarabang­sa dan rangkaian, untuk usahawan teknologi,” katanya kepada pemberita semasa jelajah MTDC Road2Growt­h 2018 di sini, semalam.

Norhalim berkata Akademi Latihan Usahawan Teknologi MTDC (Tentra) turut menjalanka­n program melatih para usahawan teknologi agar menjadi sedia Industri 4.0.

Mengenai jelajah sehari itu, beliau berkata acara tersebut diadakan bertujuan menyediaka­n platform ke- pada usahawan teknologi di Sabah untuk mendapatka­n maklumat mengenai pembiayaan bagi pengkomers­ialan teknologi, inovasi dan khidmat asli yang tersedia daripada MTDC.

Selain sesi taklimat dan jaringan kerja, beliau berkata peserta terpilih akan diberi peluang mengetenga­hkan projek berasaskan teknologi mereka kepada panel yang terdiri daripada pakar.

“Ini merupakan sesi langsung secara individu yang disediakan di semua program Road2Growt­h serta sesi pembentang­an mingguan lazim yang diadakah di pejabat MTDC,” katanya.

Jelajah itu akan berlangsun­g di Kuching pada Khamis 12 Julai ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia