Utusan Borneo (Sarawak)

Program sebelum ini akan dilihat semula untuk kenal pasti prestasi

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah akan memperheba­tkan program pembasmian kemiskinan di negeri ini bagi meningkatk­an taraf hidup masyarakat luar bandar di Sabah.

Sehubungan itu, Menterinya Ewon Benedick berkata beliau akan melihat semula semua program pembasmian kemiskinan yang dilaksanak­an sebelum ini bagi mengenal pasti prestasi program berkenaan.

“Minggu ini, saya akan memulakan lawatan ke daerahdaer­ah untuk melihat sendiri prestasi Program Pembasmian Kemiskinan, terutamany­a melibatkan Program Mini Estate Sejahtera ( MESEJ) Kelapa Sawit, Getah dan Akuakultur.

“Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana kejayaan program berkenaan, sama ada ia berjaya memperbaik­i kehidupan para peserta program atau sebaliknya.

“Daerah pertama yang saya akan lawat ialah Kota Marudu dan Pitas pada Jumaat dan Sabtu minggu ini. Ini adalah sebahagian daripada aspirasi saya di KPLB iaitu melihat semula program pembasmian kemiskinan di seluruh Sabah mencapai objektif yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aifdilfitr­i KPLB di sini semalam.

Ewon berkata selain program pembasmian kemiskinan, program lain yang akan diberi tumpuan ialah memberikan nilai tambah program MESEJ, terutamany­a pelanconga­n desa dan pembinaan jalan luar bandar menggunaka­n teknologi terkini berasaskan getah.

Mengenai penjenamaa­n semula institusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar ( JKDB) di negeri ini, beliau berkata ia melibatkan penukaran nama institusi, tatacara pelantikan, bilangan keahlian jawatankua­sa, elaun dan lain-lain hal yang berkaitan.

“Nama baharu itu tidak semestinya mengikut nama yang dibuat di Semenanjun­g iaitu Majlis Pengurusan Komuniti, tetapi kita mahu satu identiti Sabah yang tersendiri, menunjukka­n kita ada sistem pentadbira­n tersendiri.

“Cara pemilihan JKKK pun akan berubah kerana rakyat mencadangk­an kepada saya bahawa demokrasi pemilihan seharusnya bermula dari peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau juga bersetuju pemilihan pengerusi (JKKK) dipilih oleh penduduk kampung berkenaan dan pada masa yang sama, pihaknya perlu perhalusi siapa yang layak dipilih.

Menurutnya, perkara itu dijangka dibentangk­annya dalam mesyuarat kabinet negeri bulan ini.

 ??  ?? SEMUA DIBANTU: Daud berucap pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna Kampung Brunei, Kimanis.
SEMUA DIBANTU: Daud berucap pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna Kampung Brunei, Kimanis.
 ??  ?? TOKOH: Yusof (tiga kanan) menyampaik­an anugerah tokoh guru kepada salah seorang penerima.
TOKOH: Yusof (tiga kanan) menyampaik­an anugerah tokoh guru kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia