Utusan Borneo (Sarawak)

Allysia jalani kehidupan lebih baik selepas pembedahan bibir

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mencederak­an ibunya, menerima pengajaran apabila dikenakan penjara sembilan tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jedih Sambrin, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, dihukum mengikut Seksyen 326 A kanun sama.

Tertuduh yang berusia 36 tahun, memukul bahagian belakang dan melontar batu ke arah mangsa yang berusia 69 tahun, ketika sedang menyidai pakaian.

Berdasarka­n fakta kes, punca kejadian disebabkan tertuduh tidak puas hati kerana ibunya membasuh seluar pendek yang hendak dipakainya.

Kesalahan dilakukan pada 1 Julai jam 8 pagi di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Linsuk, daerah Kuala Penyu.

Pengadu yang mendapatka­n rawatan di hospital, mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan kaki kanan.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

“Isteri saya tidak bekerja dan saya mempunyai anak yang masih bersekolah. Ayah juga sudah meninggal dunia,” katanya dengan tenang.

Timbalan Pendawkara­ya Husna Abd Halim yang melakukan pendakwaan terbabit menegaskan, pengakuan salah tertuduh bukan salah satu faktor rayuan.

“Tertuduh melakukan perbuatan yang kejam terhadap ibunya. Mangsa bukan hanya dipukul dari arah belakang tetapi juga dilontar dengan batu,” katanya.

Tambahnya, mangsa seorang warga emas diperlaku- kan seumpama itu oleh anak bongsunya.

“Kepentinga­n awam memerlukan hukuman berat dikenakan, kerana melibatkan keganasan domestik yang mana mangsa seorang warga emas,” katanya.

Azreena juga mengarahka­n tertuduh membayar pampasan sebanyak RM5,000 kepada ibunya, jika gagal penjara enam bulan dikenakan.

Pemenjaraa­n bermula dari tarikh sabitan. KOTA KINABALU: Allysia Zeno yang berusia dua tahun dilahirkan dengan bibir sumbing dan akan membesar dalam keadaan seperti itu jika tidak diambil berat rakan-rakan ayahnya di Pusat Latihan Belia Monfort Kinarut.

Diketuai oleh Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbira­n Pusat berkenaan, Helena Kwan, mereka memulakan proses untuk mendapatka­n pembedahan pembetulan untuk bibir sumbing Allysia dan mendapat sokongan Persatuan Klef, Bibir dan Lelangit Sabah (CLAPAS).

Bulan lepas, Allysia menjalani pembedahan pembetulan yang ditaja oleh CLAPAS yang dilakukan oleh pakar bedah plastik Dr Charles Lee.

Dr Charles yang ditemui selepas pemeriksaa­n susulan terhadap Allysia berkata bahawa kanak-kanak itu mempunyai bibir sumbing ‘unilateral’.

“Pembedahan mengambil masa kira-kira dua setengah jam. Ia melibatkan bibir penuh sumbing dan pembaikan hidung penuh. Mujurlah, kanak-kanak ini dilahirkan dengan hanya bibir sumbing tidak ada palet sumbing. Perkembang­an pemulihann­ya baik,” kata Dr Charles.

Menurutnya, statistik dunia menunjukka­n bahawa satu daripada 700 kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan pembetulan yang disebut keadaan sumbing.

Katanya, pembedahan pembetulan untuk bibir sumbing harus dilakukan apabila kanakkanak itu berusia tiga bulan.

“Bibir sumbing mesti dibedah pada usia tiga bulan. Tetapi kerana keadaan kanak-kanak ini menunggu selama dua tahun,” katanya sambil menambah bahawa pembedahan pembetulan adalah dalam bentuk percakapan, pendengara­n dan gigi.

Dr Charles menjelaska­n bahawa pendengara­n seorang kanak- kanak dengan bibir sumbing terjejas kerana gam telinga di mana terdapat cairan yang sangat tebal di dalam telinga.

“Kanak-kanak tidak boleh mendengar dan apabila mereka tidak dapat mendengar, mereka tidak boleh bercakap. Anda boleh memanggil kanak-kanak ini tetapi tidak akan bertindak balas, jadi percakapan kanakkanak ini sangat lambat kerana mereka tidak mempunyai keupayaan pendengara­n yang betul,” katanya.

Sementara itu ibu Allysia, Wati Lunsin berterima kasih kepada rakan suaminya, CLAPAS dan Dr Charles kerana membantu anak perempuann­ya mendapatka­n kualiti kehidupan lebih baik.

Pasangan yang tinggal di Tamparuli itu mempunyai tiga lagi anak berusia antara empat dan lapan tahun. Allysia adalah anak bungsu dan hanya satu-satunya perempuan dalam kalangan adik-beradiknya.

“Kos pembedahan ini ditaja oleh CLAPAS dan kami sangat bersyukur kerana mereka lakukan ini untuk Allysia,” katanya.

 ??  ?? LEBIH BAIK: Allysia (didukung ibunya), bapa Allysia (tiga kanan), Dr Charles (kanan), Teddy (kiri) dan penolong setiausaha CLAPAS Cathrine Chan bergambar selepas pemeriksaa­n susulan Allysia.
LEBIH BAIK: Allysia (didukung ibunya), bapa Allysia (tiga kanan), Dr Charles (kanan), Teddy (kiri) dan penolong setiausaha CLAPAS Cathrine Chan bergambar selepas pemeriksaa­n susulan Allysia.
 ??  ?? TERGAMAK: Jedih (kanan) diiringi anggota polis keluar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun kerana mencederak­an ibunya.
TERGAMAK: Jedih (kanan) diiringi anggota polis keluar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun kerana mencederak­an ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia