Utusan Borneo (Sarawak)

TUAH TIDAK MEMIHAK BELGIUM: MARTINEZ • MUKA 20

Tandukan Umtiti dari tendangan penjuru pastikan Perancis melangkah ke final Piala Dunia 2018

-

SAINT PETERSBURG, Rusia: Jurulatih Belgium, Roberto Martinez berkata tuah tidak memihak kepada pasukannya ketika tewas 0- 1 kepada Perancis pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 dengan pasukan ‘ generasi emas’ mereka mensiasiak­an satu lagi peluang untuk mencipta sejarah.

Tandukan Samuel Umtiti dari satu tendangan penjuru menjadi penentu perlawanan di antara dua negara berjiran itu, dengan Belgium menguasai lebih banyak permainan tanpa menembusi benteng kebal Perancis.

“Ia adalah perlawanan sengit. Tiada banyak saat penting yang dapat menentukan perlawanan dan ia hanya hadir dari tendangan bola mati,” kata Martinez yang merujuk tendangan sudut pada minit ke- 51 yang menghasilk­an gol Perancis.

“Kami menguasai bola dan saya fikir kita ha harus memberikan kan banyak pujian n kepada Perancis dengan cara mereka bertahan – mereka banyak bertahan, mereka memberikan banyak penghormat­an an dengan cara itu tu tetapi kami gagal agal mencari sedikit diki t ruang pun di hadaadapan pintu gol atau sedikit tuah.

“Ia adalah pererbezaa­nnya tetapi api jika anda akan kalah, saya boleh berasa saya bangga dengan pemain saya di atas usaha m mereka. Anda bagaimanap­un harus menerimany­a dan mengucapka­n tahniah kepad da Perancis dan m mengharapk­an yan yang terbaik untuk mereka di final.” Belgium men menewaskan Brazil di suku akhir tet tetapi kelihatan hila hilang rentak dengan penggantun­gan pemain pertah tahanan kanan, Thomas Meunier pada perlawanan menentang Perancis.

Pemain tengah, Moussa Dembele diturunkan dalam kesebelasa­n utama tetapi anak buah Martinez kelihatan kekurangan kelancaran serangan yang biasa dilakukan Meunier di bahagian sayap.

“Saya tidak melihat Perancis mengawal permainan. Ia hanya tentang perkara kecil – gol pertama sudah tentu sangat penting pada perlawanan seperti ini.”

Belgium menang semua lima perlawanan mereka di Rusia sebelum menentang Perancis dan menjaringk­an 14 gol.

Namun, tiada final pertama di Piala Dunia buat Belgium dan sebaliknya mereka sekarang harus cuba untuk menduduki tempat ketiga apabila menentang pasukan yang kalah perlawanan di antara England menentang Croatia pada hari Sabtu nanti.

“Ia suasana sangat menyedihka­n dalam bilik persalinan, kerana kami mempunyai peluang melangkah ke final,” tambah Martinez.

“Kami boleh berasa cemas. Perancis pernah ke final di Euro 2016, tetapi saya tidak mahu mana-mana pemain saya berasa kesal atau kecewa.

“Kami mahu menamatkan kejohanan dengan lebih yakin dan barisan pemain ini selayaknya menamatkan kejohanan dengan kedudukan terbaik.”

Belgium masih boleh menduduki pencapaian terbaik mereka di Piala Dunia, mengatasi pencapaian 1986 apabila tewas kepada Argentina di separuh akhir dan kemudian tewas kepada Perancis pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Piala Dunia kali ini mewakili pen- ing kata n dari pasukan yang tewas di suku akhir di Piala Dunia 2014 dan di Euro 2016 tetapi Belgium sekarang tertanyata­nya jika mereka sudah melihat peluang terbaik disia- siakan dari generasi pemain berbakat besar. Namun kapten pasukan, Eden Hazard, pemain berbakat lain seperti Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan penjaga gol Thibaut Courtois masih di usia 20 an pada kejohanan Euro 2020. “Saya fikir ia terlalu awal untuk membuat sebarang penilaian mengenai kejohanan,” kata Martinez, yang melanjutka­n kontrak sehingga 2020 sebelum Piala Dunia 2018. “Kita perlu melihat pada generasi muda, tetapi kami mempunyai keazaman dan cita- cita. “Bola sepak Belgium mempunyai ramai pemain muda berbakat yang akan muncul dan dengan tugas yang saya ada, perhatian untuk Euro 2020, saya tidak mahu membuat sebarang penilaian awal.”

Ia adalah perlawanan sengit. Tiada banyak saat penting yang dapat menentukan perlawanan dan ia hanya hadir dari tendangan bola mati.

Roberto Martinez Jurulatih Belgium

 ??  ??
 ?? —Gambar Reuters ?? GEGAR JARING: Umtiti (kanan) menanduk masuk gol tunggal perlawanan ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir menentang Belgium di Stadium Saint Petersburg, Rusia kelmarin.
—Gambar Reuters GEGAR JARING: Umtiti (kanan) menanduk masuk gol tunggal perlawanan ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir menentang Belgium di Stadium Saint Petersburg, Rusia kelmarin.
 ?? —Gambar Reuters ?? HAMPA: Reaksi Martinez selepas menyaksika­n Umtiti menjaringk­an gol pertama Perancis pada aksi separuh akhir di Stadium Saint Petersburg, Rusia kelmarin.
—Gambar Reuters HAMPA: Reaksi Martinez selepas menyaksika­n Umtiti menjaringk­an gol pertama Perancis pada aksi separuh akhir di Stadium Saint Petersburg, Rusia kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia