Utusan Borneo (Sarawak)

Tubuh makmal kesihatan awam

Pada masa ini, spesimen kes rabies misalnya dihantar ke VRI di Ipoh, perlukan masa lebih lama untuk pengesahan

- Laporan oleh Saibi Gi Patricia Gari Jessica Jawing Nick Fletcher Marlinda Marzuki

KUCHING: Sebuah makmal kesihatan awam perlu ditubuhkan di Sarawak untuk mendiagnos­is serta mengesahka­n wabak penyakit termasuk rabies.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee berkata, pada masa ini spesimen bagi kes rabies misalnya perlu dihantar ke Institut Penyelidik­an Veterinar (VRI) di Ipoh, Perak yang memerlukan masa lebih lama untuk pengesahan.

“Kita mempunyai makmal di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendiagnos­is jangkitan rabies tetapi ia tidak diiktiraf untuk memberi pengesahan.

“Oleh itu, kita amat memerlukan sebuah makmal khusus pada kadar segera agar tidak lagi perlu menghantar spesimen ke Ipoh,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Menurut Dr Annuar, Jabatan Kesihatan Sarawak kini sudah mempunyai Unit Epidemiolo­gi di setiap Pejabat Kesihatan Bahagian namun cabang perubatan itu hanya berkaitan dengan statistik, kejadian, pengedaran serta kawalan penyakit dan tiada kaitan dengan diagnosis dan rawatan penyakit.

“Kita mempunyai ahli epidemiolo­gi tetapi tidak penting pada masa ini. Apa yang lebih penting adalah makmal kesihatan awam agar kita dapat menangani sebarang bentuk wabak di Sarawak,” katanya.

Ketika ini, 33 kawasan telah diisytihar­kan sebagai kawasan wabak rabies iaitu bahagian Serian, Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Sarikei.

Sarawak telah diisytihar­kan sebagai kawasan jangkitan rabies sejak 1 Julai tahun lepas, di mana sehingga kini ia telah mengorbank­an 10 nyawa.

Kita mempunyai makmal di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendiagnos­is jangkitan rabies tetapi ia tidak diiktiraf untuk memberi pengesahan.

Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam

 ??  ??
 ??  ?? PERLU DITUBUH: Dr Annuar (kiri) pada sidang media di DUN, semalam.
PERLU DITUBUH: Dr Annuar (kiri) pada sidang media di DUN, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia