Utusan Borneo (Sarawak)

Dua projek perhutanan sosial akan dilaksana JHS dan SEB

-

KUCHING: Dua projek perhutanan sosial akan dijalankan iaitu meningkatk­an Produk Hutan Bukan Kayu (NTFP) untuk masyarakat Penan di kawasan penempatan semula Murum dan Sistem Tagang di Rumah Manggat, Ulu Menyang, Lubok Antu, Sri Aman.

Inisiatif Kerajaan Sarawak itu akan dilaksanak­an bersama oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) menerusi Memorandum Persefaham­an ( MoU) yang dimeterai di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, bagi tempoh selama dua tahun mulai 2018 hingga 2019.

MoU tersebut ditandatan­gani Pengarah JHS Hamden Mohammad bersama Timbalan Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) Jack Liam dan Ketua Pegawai Eksekutif SEB Sharbini Suhaili bersama Naib Presiden Eksekutif (Perkhidmat­an Korporat) Aisah Eden dengan turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Bagi kerjasama tersebut, Jabatan Hutan membiayai sejumlah RM597,086 daripada jumlah kos pelaksanaa­n bagi kedua-dua projek manakala SEB menyumbang sejumlah RM321,015 dana, dengan RM215,000 untuk Projek Murum dan RM106,015 untuk Projek Ulu Menyang.

Kedua-dua projek ini adalah sebahagian daripada strategi pengurusan dan pemulihara­an hutan sejajar dengan Program Transforma­si Luar Bandar.

Ia juga mewujudkan peluang dan platform yang lebih baik untuk komuniti melibatkan diri dalam pengurusan dan perlindung­an hutan semula jadi, sambil meningkatk­an kehidupan masyarakat melalui pemasaran NTFP mereka.

Bidang kerjasama kedua-dua agensi terbabit termasuk membangun dan membina industri ekopelanco­ngan melalui pemasaran NTFP selain meningkatk­an rangkaian yang berkesan dalam kalangan kakitangan JHS dan SEB menerusi projek pembanguna­n komuniti.

Pada masa sama, ia juga untuk memudahkan pertukaran pangkalan data saintifik dan teknikal, hasil dan maklumat daripada aktiviti penyelidik­an serta pembanguna­n.

 ??  ?? KERJASAMA: Hamden (dua kiri) dan Sharbini (dua kanan) bertukar MoU sambil disaksikan Abang Johari (tengah), Jack (kiri), Aisah (kanan) serta yang lain.
KERJASAMA: Hamden (dua kiri) dan Sharbini (dua kanan) bertukar MoU sambil disaksikan Abang Johari (tengah), Jack (kiri), Aisah (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia