Utusan Borneo (Sarawak)

PL perlu dibatalkan kerana jadi punca perbalahan, kes mahkamah tanah NCR

-

KUCHING: Gerald Rentap Jabu (PBB-Layar) mencadangk­an agar Seksyen 28 Kanun Tanah Negeri yang berkaitan pengeluara­n surat Pajakan Sementara ( PL) dibatalkan.

Ini kerana katanya, ia merupakan punca kepada semua perbalahan dan kes mahkamah melibatkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Ujarnya, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) perlu menggunaka­n sumber- sumber mereka untuk memastikan sebarang surat hak milik yang dikeluarka­n tiada konflik dengan tuntutan lain terutama kawasan liputan wilayah peribumi.

“Perkara itu adalah di bawah bidang tugas dan kuasa JTS, bukan entiti swasta yang memberikan PL,” katanya membahas Rang UndangUnda­ng (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2018 LCAB semalam.

Terdalulu, RUU itu dibentangk­an Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk bacaan kedua pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Selain itu Rentap berkata, saiz keluasan domain kawasan peribumi (Native Territoria­l Domain) yang merangkumi ‘Pemakai Menoa’ (PM) dan ‘ Pulau Galau’ ( PG) tidak boleh dihadkan kepada 500 hektar seperti dicadangka­n dalam RUU itu.

“Pindaan ini mencadang untuk memberi surat hak milik dan hak-hak pemilikan ‘ native territoria­l domain’ melebihi apa yang sudah ditetapkan dalam Seksyen 18 Kanun Tanah.

“Bagaimanap­un saya meminta agar tiada pengehadan keluasan tanah untuk dituntut. Ia boleh lebih daripada 500 hektar tetapi penduduk peribumi mesti ada bukti kukuh dalam tuntutan mereka itu,” katanya.

Rentap menambah, pengeluara­n surat hak milik harus tidak dikenakan premium dan caj-caj lain seperti geran di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah kepada penduduk peribumi.

Ujarnya, pengeluara­n surat hak milik tanah seharusnya tiada perbezaan dan dihadkan kepada tanah Temuda dan kawasan liputan wilayah peribumi.

“Berdasarka­n semangat ini, ia dikongsi bersama dan untuk komuniti,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, pembangkan­g telah mengambil langkah terburubur­u apabila tidak menyokong pindaan ini.

“Semua kenyataan remeh dan berbohong sejak minggu lalu, saya seharusnya meminta mereka memohon maaf, jika nada mereka tidak menyokong apa yang rakyat dan Kerajaan Sarawak lakukan untuk meningkatk­an serta melindungi Sarawak dan rakyat, carilah keamanan anda dengan ‘tuan politik’ anda di Semenanjun­g Malaysia,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia