Utusan Borneo (Sarawak)

NTD beri banyak manfaat kepada Bumiputera berbanding tanah NCR

-

KUCHING: Pengeluara­n hak milik kekal kepada Bumiputera untuk domain kawasan peribumi (NTD) memberi banyak manfaat kepada komuniti Bumiputera berbanding tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simoh berkata, berbanding NCR yang hanya menawarkan ‘lesen’ kepada Bumiputera menggunaka­n tanah berkenaan.

“Bagaimanap­un apa yang harus menjadi pertimbang­an kini adalah tanah yang dituntut di bawah NTD hanya terhad kepada 500 hektar sahaja.

“Dengan itu, diharapkan terdapat peruntukan kepada Bumiputera untuk menuntut kawasan lebih besar dalam kes merit di mana fakta dan bukti akan dijustifik­asi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018 yang dibentangk­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Miro menjelaska­n beliau bersetuju dengan cadangan ADUN Layar, agar kawasan yang dituntut harus lebih daripada 500 hektar dan sehingga mencapai 1,000 hektar.

Sementara itu turut dalam perbahasan sama, ADUN Machan Allan Siden Gramong berkata, selain daripada sewa percuma, surat hak milik guna sama juga harus dipertahan­kan sama seperti geran tanah lain dikeluarka­n Kanun Tanah.

“Surat hak milik tanah guna sama yang diberikan akan menjadi hak kekal kepada pemilik tanah Bumiputera bukan sahaja hanya ‘usufructua­ry rights’.

“Namun apa yang menjadi kebimbanga­n saya adalah kepada yang dikeluarka­n surat hak milik tanah guna sama untuk mengelakka­n sebarang penyalahgu­naan hak milik pada masa akan datang,” katanya.

Beliau pada masa yang sama menggesa agar had setiap NTD di bawah RUU berkenaan diteliti semula kepada 1,000 hektar berbanding 500 hektar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia